Sebuah kisah cinta, ujian iman dan perjalanan kembali ke pelukan Sang Pencipta. “Allah itu satu… Untukmu, agamamu. Dan untukku, agamaku. Mengenali awak adalah satu kesilapan terbesar dalam hidup saya, Dean. Awak penyakit bagi iman saya.” - Fatimah Az-Zahra Bagaikan diulik mimpi apabila seorang insan yang bernama seindah Fatimah Az-Zahra bertemu dengan Dean Adrian. Dean Adrian Ishikawa. Seorang lelaki tampan berdarah campuran Jepun-Barat dan seorang Katolik masuk ke dalam hidupnya. Kehadirannya ibarat 'penyakit' bagi iman seorang Zahra. Menguji batas agama, menimbulkan rasa yang tidak seharusnya muncul dan menodai kemuliaan darjat seorang wanita. “Wahai para yang mendengar, dosa itu susah untuk dilakukan. Dosa itu mahal. Pahala itu murah. Tapi ganjarannya neraka atau pintu-pintu syurga. Berbaliklah semula, wahai hamba-hamba Allah yang telah melampaui batas. Dosa zina itu memang menagihkan, namun ia menghapus dan menodai segala cahaya dalam kalbu.” Zahra merupakan seorang muslimah sejak lahir dan dibesarkan dalam penuh kasih sayang. Namun hati yang rapuh boleh tergelincir, iman senipis kulit bawang mampu goyah bila godaan nafsu hadir. Dalam arus perasaan yang bercampur aduk ini, hanya Allah tempatnya kembali. Dean Adrian bukan sekadar ujian, tapi juga pengingat akan kekuatan iman yang sebenar bahawa tanpa agama, kolam hati akan sunyi, gelap, dan kosong. Bila Dia sudah sayang dan kasih, peluklah Dia kembali - Noda Tasbih Warning! This is mature and sensitive content. Read at your own risk and feel free to leave. Amaran! 18+ Kisah ini mengandungi elemen matang dan sensitif. Semua watak dan peristiwa adalah fiksyen semata-mata dari imaginasi penulis.
Update 01 October 2025