Bab 3

Mature Content Series 369

HAL itu tidak berhenti pada satu malam.

Dosa yang sepatutnya terjadi sekali itu telah menjadi satu kitaran dan lingkaran yang tidak berkesudahan. Tubuhku tetap jatuh ke dalam lembah dosa walaupun jiwaku menjerit agar aku berhenti. Kami bertemu di bilik hotel mewah, di kesibukan malam kota Kuala Lumpur dan jauh dari keluargaku di kampung. Setiap kali bertemu, aku berbisik pada diri sendiri bahawa ini adalah yang terakhir. Setiap kali itu, aku berdoa dengan lebih lama dan menangis lebih keras. Dan setiap kali itu… aku kembali.

Dean tidak pernah bertanya. Bagi dirinya, semua ini adalah hal semula jadi. Keintiman antara dua insan yang saling mencintai. Tangannya sentiasa erat memegangku sebagai sang kekasih, suaranya lembut apabila memanggil namaku. Tetapi bagi aku, ia penyakit. Tabiat yang menghakis jiwaku dari dalam dan merosakkan setiap lapisan demi lapisan iman yang kupunya sehingga tidak tersisa satu pun lagi. Tubuhku tertunduk patuh kepada nafsu, rasa maluku sudah mulai hilang di hadapannya. Tetapi hatiku tetap menjerit, meraung dan ingin menolak pada setiap sentuhan.

Bukti-bukti berserak di sekeliling kami. Tong sampah di tepi katil dipenuhi bungkusan plastik nipis, tanda bagaimana kami menyerah pada diri sendiri berkali-kali. Kertas pembungkus berselerak, seperti dosa-dosa yang cuba aku sembunyikan tapi gagal. Dan setiap kali aku membersihkan diri, dia menatapku dengan pandangan kasih sayang, protektif dan penuh kelembutan yang membuatkan aku membenci diri sendiri kerana lemah di bawah tatapan itu.

Tetapi malam itu… berbeza.

Bilik hotel suram kembali, udara panas dan kulit melekit dengan peluh. Tubuhnya menindihku ke atas katil. Selimut empuk melilit di kaki dan kukuku mencengkam belakang badannya.

Namun ketika aku menoleh ke sisi, tong sampah kosong. Tiada pembungkus, tiada foil, hanya serpihan plastik lama dari malam sebelumnya. Aku menelan panik, dada berdebar seakan naluri mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Dean…” suaraku tergagap, panik menjerat dada. “Wait-”

Dia membisukan aku dengan bibirnya sehingga kata-kata hancur menjadi desahan. Tangannya menahan tanganku di atas cadar, sebelah tangannya yang lagi satu mencengkam kulitku sehingga meninggalkan bekas.

Dan ketika itu aku merasainya. Perbezaannya dengan malam sebelum-sebelumnya. Mataku membulat terkejut. Rasa ketakutan dan panik mulai menerpa. Desahan bercampur menjadi jeritan. Suaraku panik, terdesak.

“Dean, protection-!”

Tetapi dia tidak berhenti. Nafasnya hangat di telingaku. “Shhh, Sayang,” bisiknya dengan suara serak basah.

Air mata mengaburi penglihatanku. Tubuhku mengkhianatiku walaupun mindaku menjerit berkali-kali 'haram, haram, haram.'

Dan kemudian...

Tiada plastik, tiada penghalang dan aku merasakan dia. Betul-betul bersentuhan dengannya. Aku menangis sekuat hati sehingga bergema bilik hotel kami.

Tubuhku menggigil ketakutan dan panik, jiwaku remuk. Dia menganggapnya sebagai cinta. Cinta yang murni, tanpa penghalang. Tetapi pada saat itu, aku menyedari bahawa penyakit itu telah memakan diri aku sepenuhnya.

Aku pendosa. Penzina.

* * *

TANGAN-TANGANKU menggigil mencengkam di hujung selimut. Aku memeluk diri sambil meringkukkan badan menjadi bola. Sakit tubuhku tidak tertanggung, namun lebih pedih lagi kesakitan di dada. Kesedaran bahawa aku telah jatuh dengan terlalu jauh, hingga sudah tidak mengenali diriku sendiri.

Aku menangis di dalam kegelapan bilik sedalam-dalamnya. Suara dikecilkan agar Dean di sebelah tidak mendengar. Seperti malam sebelumnya, aku berbisik 'Astaghfirullah' tanpa henti sehingga tekakku perit. Air mata menitis tanpa henti, membasahi selimut. Tapi tidak ada doa yang mampu untuk menghapuskan rasa jijik dalam diriku. Memori suaranya yang menyebut namaku, setiap sentuhan haram, kesedaran dan kebenaran bahawa aku telah sepenuhnya dihancur olehnya.

Aku memeluk diri dengan lebih erat di hujung katil. Rambut kusut masai, mata bengkak dan tubuh masih menggigil. Setiap inci diriku rasa bersalah dan kotor, setiap helaan nafas mengingatkan kembali dosa yang telah kulakukan. Aku menatap lantai kosong, mengira sisa-sisa malam lepas yang mungkin dapat kuselamatkan dari ingatan, namun setiap sudut bilik mengingatkanku kembali.

Bau wangian tubuhnya, sisa-sisa ciumannya, suara garaunya mendesah namaku, rasa genggaman tangannya... Semuanya menghantui diriku.

Aku istighfar tanpa suara. Tidak pernah terlupa atau berhenti memohon ampun biarpun berkali-kali aku tersasar di bawah dosa yang sama. Jantungku berdebar antara rasa cinta yang ternoda dan penyesalan diri. Aku menutup wajah menggunakan belakang tangan. Menjerit dalam diam, menuntut pengampunan dari tuhan yang seakan-akan tidak datang.

Dean terbaring di belakang. Separuh mamai. Tubuhku ditarik perlahan ke dadanya sambil dia memegangku erat.

Aku menangis lagi di bawah cahaya lampu hotel yang malap. Setiap air mata adalah pengakuan bagi dosa, setiap desahan adalah pengakuan kelemahan iman, setiap helaan nafas adalah pengingat bahawa aku telah jatuh terlalu jauh.

Dan di dalam kegelapan itu, hati aku hancur sehancur-hancurnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience