Bab 8

Mature Content Series 369

Zahra's POV

AKU terduduk berteleku di satu sudut. Wajah terasa pucat dari kebiasaan. Tirai ditutup rapat, lembaran Al-Quran terbiar di rak. Tidak berani disentuh biarpun berkali cuba diangkat. Bisikan ahli keluarga dari luar bilik meniti ke telinga. Masih terbayang-bayang tatapan kecewa di mata ummi dan walid terasa lebih berat daripada mana-mana hempapan batu.

Aku merayu pada Dia sehingga tekakku kering. Mata menangis sehingga tiada lagi air mata yang tinggal. Namun aib itu tidak menghilang. Bayang-bayang dosa itu enggan pergi biarpun kebas kakiku melutut di atas sejadah.

Azan lembut mengalun dari kejauhan, aku duduk bersila di lantai sambil berbisik halus, “Ya Allah, jika ini ketetapan-Mu sebagai hukuman, maka aku redha menanggungnya. Jika ini jalan yang Engkau pilih untukku, maka aku harus melaluinya. Mungkin dengan Engkau satukan aku dengannya adalah satu-satunya cara untuk aku membetulkan semuanya kembali.”

Hati bergetar pilu. Bukan kerana cinta, tetapi kerana sebak dan redha.

Suasana terasa hening dan hiba. Aku bersujud lama. Merapatkan dahi, hidung dan menyentuhkan kedua belah telapak tangan di atas permukaan sejadah.

Aku hamba yang hina. Yang berasal dari tanah dan bumi. Air mata menitis satu persatu di atas sejadah. Mulut bergetar. Bacaan tasbih yang dibaca terasa sangat hiba. Aku menunduk melihat air mata yang membasahi pangkuan. Badan rasa menggigil. Aku menghela nafas sambil tersedu-sedan.

Kali ini sahaja ya Allah, kalini tolong peluk aku kembali.

Tamat POV-Zahra

* * *

PAGI itu suasana di pejabat agama terasa agak lengang. Bangunan putih bagi Majlis Agama Islam Negeri itu berdiri dengan teguh. Penuh tanda kehormatan. Penuh rasa hiba. Di hadapan muka pintu masuk terpampang tulisan “Bahagian Dakwah dan Pusat Bimbingan Mualaf."

Zahra datang bersama walid dan Amirul. Wajah cantiknya masih merah menahan malu dengan apa yang telah berlaku semenjak dua minggu yang lalu. Manakala Dean yang melangkah seiringan dengannya berjalan dengan sedikit gugup. Tangan dimasukkan dalam poket hoodie. Sesekali kepalanya menunduk ke bawah apabila beberapa mata memandangnya dengan tatapan aneh.

Kehadiran mereka disambut oleh seorang pegawai agama yang bernama Ustaz Rahim. Berbadan gempal, bersongkok hitam kemas dan dirinya dipamerkan ke hadapan khalayak umum dengan berwajah lembut.

Secara berhadapan, dia memandang Dean. "Do you really sure that you want to convert in Islam? Dah fikir masak-masak?”

Lelaki tampan itu mengangguk perlahan dengan rela hati. “Yes, totally sure. I've think of it already. I want to convert... For her sake, and for me."

Ustaz Rahim tersenyum. "Alhamdulillah... Islam tak pernah memaksa. Tapi kalau ikhlas nak masuk agama ini, encik wajib percaya bahawa Allah itu satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Mereka akhirnya duduk di sebuah bilik kecil. Dua pegawai yang lain dipanggil sebagai saksi. Walid berdiri di belakang Zahra. Tangan memaut kerusi. Wajahnya tegas tapi ada sinar kelegaan dan keredhaan.

Ustaz Rahim mula membukakan naskhah Al-Quran di atas meja.

“Baik, ikut saya perlahan-lahan lafaz syahadah ni. Tak perlu takut, sebut dengan hati.”

Melihat wajah autoriti itu, dia mengucapkan lafaz syahadah dengan perlahan. Penuh berhati-hati dengan setiap rangkai kata yang di bimbing satu persatu.

"Ikut saya, encik. Kita ulang slow-slow... Ashhadu alla... ilaha illallah… wa ashhadu anna Muhammadan rasulullah.”

Lelaki tampan itu menarik nafas panjang. Suara garaunya bergetar, tapi serius apabila dia mengulangi. “Ashhadu... an la... ilaha illallah, wa ashhadu... anna Muhammadan rasulullah. I bear witness... that there is no god but Allah, and I bear witness... that Muhammad is the Messenger of Allah," ujarnya tanpa ada nada yang tersekat langsung. Ustaz Rahim menghela nafas lega sambil tersenyum syukur.

Suasana pagi itu berubah hening seketika. Zahra serta-merta menunduk. Memandang tangan yang menggigil di atas peha. Air matanya membulat jernih dan menitis satu persatu tanpa disedari. Walidnya menghela nafas panjang sambil berwajah lega.

Dua orang pegawai saksi itu saling tersenyum tipis Ustaz Rahim menepuk lembut bahu Dean.

"Alhamdulillah, mulai saat ini kamu adalah saudara se-Islam kami... Ingat ya. Allah itu Maha Pengampun. Dia mengampunkan segala dosa-dosa lalu. Hari ini, kamu dilahirkan semula dalam fitrah. Selamat datang ke agama Islam... Selepas ini, kami akan daftarkan encik di bawah kelas bimbingan mualaf. Kalau tujuan encik nak berkahwin, boleh terus buat kursus pra-perkahwinan. Jangan risau, kami akan bimbing," ujarnya sambil mengerling walid dan Amirul. Kemudian matanya kembali melihat wajah Dean.

Lelaki tampan itu mengangguk perlahan. Kepalanya menoleh ke arah Zahra yang masih menyeka air mata di pipi. Dalam hatinya ada bermacam rasa yang bercampur baur. Perasaan seram, lega, sangsi dan rasa tanggungjawab yang baru.

* * *

UDARA diperkarangan rumah kayu itu dipenuhi dengan ketegangan. Beberapa saudara-mara terdekat dan tetamu duduk sekelompok bagi memenuhi ruang tamu. Ada yang berbisik, mengumpat secara halus dan ada yang membelakangkan diri. Zahra duduk bersimpuh di bawah pelamin dengan berbaju kurung nikah yang berwarna putih. Simple. Tiada perhiasan berat. Hanya make-up tipis di wajah dan inai merah yang dipakaikan kosong di jari-jemari.

Tangan yang terasa sejuk digenggam.

Majlis akad nikah itu bakal berlangsung secara sederhana di sebuah rumah kayu kampung yang berbau nostalgia. Pelamin kecil terletak di sudut ruang tamu. Dihiasi dengan orkid putih yang kelihatan suci dan tenang. Di bawahnya, Zahra duduk diam. Wajahnya berseri dengan solekan tipis. Jari-jemarinya dihiasi inai merah polos. Inainya tidak berlukis corak seperti pengantin lain, namun tetap menampakkan keanggunannya yang asli. Walaupun perkahwinan ini tidak disukai semua orang, Zahra cuba terlihat tenang.

Pakaian nikahnya sangat sederhana namun memikat pandangan mata. Sesekali kepalanya tertunduk malu. Kejelitaannya yang bak bulan purnama itu jelas, membuatkan para tetamu diam-diam mengakui kecantikannya biarpun ada yang mencemuh dalam hati. Wajahnya asli cantik yang tak perlu berlebihan.

Suara bisikan orang kampung tidak berhenti berbunyi. Pandangan sinis dilemparkan dari setiap sudut seolah-olah sedang menghukum. Zahra duduk bersimpuh diam dalam baju kurungnya. Jari-jemari yang dihiasi inai merah digenggam erat di atas riba. Walau hari ini sepatutnya menjadi hari bahagianya, senyuman di bibir tidak mampu mekar. Hatinya sayu kerana mata-mata liar di sekeliling lebih banyak menghukum daripada merestui.

Pelamin itu terasa sepi walaupun dipenuhi dengan hiasan gubahan bunga orkid putih. Pengantin perempuan diam. Zahra menunduk seakan-akan ingin menyembunyikan wajahnya daripada pandangan tetamu. Solekan tipis di wajahnya mula pudar sedikit kerana peluh tetapi tetap menyerlahkan seri seorang pengantin.

Di dalam hati, dia berbisik sendiri.

“Inikah takdirku, Ya Allah? Aku tahu ini bukan jalan yang indah pada pandangan manusia… tapi aku harap masih ada rahmat-Mu dalam ikatan ini. Aku malu… aku menyesal... aku sedih… tapi aku juga redha.”

Matanya basah. Namun dia cepat-cepat mengelap hujung mata dengan hujung selendang agar tidak ada orang yang perasan. Jari-jemarinya yang sejuk dan berinai merah bak pinang digenggam erat. Dia mencuba mencari kekuatan dalam genggaman tangan sendiri. Di sekelilingnya, suara bisikan orang kampung masih mengetuk ke birai telinga. Ada yang bersimpati, ada yang meluat dan semestinya ada banyak yang menghukum. Namun di pertengahan suasana itu, dia duduk dengan tenang. Cantik secara sederhana, kuat dalam kelemahan dan tabah walau hati sedang dilanda kesedihan.

Lalu Dean melangkah masuk dari pintu hadapan dengan berpakaian baju Melayu serba putih. Rambut hitamnya disisir rapi dan kulit putih kemerah-merahannya semakin menyerlah dalam pakaian tradisi itu. Matanya yang gelap itu hanya mencari susuk tubuh seseorang. Zahra.

Figura tegap Dean membuatkan beberapa mata terpegun melihatnya. Di sebalik setiap renungan tajam di sana, dia dapat merasakan kekaguman orang kampung pada ciri fizikalnya. Tubuhnya menjulang tinggi. Maskulin. Dia berdiri tegap dengan bahunya yang bidang. Rahangnya tajam, terbentuk rapi seakan-akan sebuah ukiran. Sepasang mata hitamnya redup namun penuh dengan pesona yang mampu membuatkan sesiapa pun cair hanya dengan sekali renungan.

Hidungnya mancung. Selari dengan lekuk wajah yang tampan. Bibirnya yang tipis kemerahan itu bergerak sedikit, menahan rasa berbaur yang menyesakkan dada. Rambut hitamnya terletak rapi dan sedikit panjang di bahagian dahi. Memberikan sentuhan nakal pada wajah tampannya.

Dia berdarah campuran Jepun dan Perancis. Wajahnya terlalu memikat, terlalu asing dan terlalu sempurna untuk berdiri di antara wajah-wajah nusantara Melayu yang memandangnya dengan penuh dingin itu.

Namun Dean tidak peduli akan renungan mereka. Jantungnya berdegup kencang apabila tatapan matanya akhirnya jatuh pada Zahra. Wanita itu duduk bersimpuh ayu di bawah pelamin. Diam. Wajahnya menunduk. Dia berbaju kurung putih sederhana, wajahnya cantik dengan solekan tipis dan mata Dean tertancap pada tangan Zahra yang berinai merah. Jari-jemarinya mencengkam kain di riba seolah-olah cuba menguatkan diri. Erat.

“Zahra…” bisiknya dalam hati.

Saat itu, rasa bersalah dan sebak menerjah ke dadanya. Dia tahu selepas ini, tiada lagi jalan pulang. Dia bakal kehilangan sepenuhnya kehidupan lamanya. Dia bakal menyerahkan seluruh hidupnya untuk wanita itu dan agama baru ini. Dan dia tidak menyesal.

Tatkala mata mereka bersatu, dada Zahra tiba-tiba menjadi sesak. Kenangan malam-malam di bilik hotel dan dosa-dosa lama yang pernah menenggelamkan dirinya kini menyapa semula.

Wajah tampan Dean ditatap dengan emosi yang bercampur baur. Sayang, sedih, sebak dan juga malu.

Dean melabuhkan duduknya tidak jauh dari pelamin, betul-betul di hadapan tok kadi. Bahunya yang bidang dan tubuhnya yang tegap itu ternampak sedikit tegang. Tangannya digenggam halus di atas peha. Satu-satunya cara dia menahan gelora di dada.

Sekilas matanya melirik pada Zahra. Dia nampak bagaimana wanita cantik itu menunduk, wajahnya separuh terlindung di sebalik selendang. Pipinya sedikit berona kemerahan. Entah kerana malu atau kerana menahan sebak. Jari-jemarinya yang berinai merah saling menggenggam erat, seakan-akan sedang mencari kekuatan.

Dean menggenggam nafas. Saat itu dia merasakan seperti ada dinding memisahkan mereka berdua. Ada orang kampung yang berbisik sinis, ahli keluarga Zahra yang kelihatan serba salah, mata-mata yang memandang dengan menghukum dan murka keluarganya yang berada di Jepun. Namun di antara semua orang di situ, hanya Zahra yang ada dalam fikirannya.

Perlahan-perlahan, seakan takut jika orang lain perasan, Dean mencuri lagi sekilas pandangan. Zahra mengangkat mata sesaat. Mata mereka bertemu. Sepasang mata hitam yang tabah dan sepasang mata redup yang sedang mencari perlindungan saling menatap. Tiada kata, hanya kesepian menerjah. Namun sepi itu lebih kuat daripada jutaan kata-kata.

Zahra menunduk lagi. Hati tercuit. Bibir mungilnya bergerak halus seakan berdoa. Dean menghela nafas sedalam-dalamnya. Dia sudah bersiap sedia untuk melafazkan akad yang bakal mengikat mereka selama-lamanya.

Suasana di ruang tamu rumah kayu itu seperti menahan nafas. Semua mata tertumpu pada Dean yang duduk di hadapan tok kadi dan berdepan dengan saksi. Dada menahan debaran. Tangannya yang berurat dan besar itu menggenggam erat jari Tok kadi, hampir pucat kerana terlalu kuat menekan.

Tok kadi memandangnya dalam-dalam.
“Baik, kita mulakan. Saudara Dean, dengar baik-baik lafaz ini…”

Dean menunduk hormat, telinganya tajam menadah setiap patah kata. Dengan sekali lafaz, hatinya bergetar hebat. Saat kalimah qobiltu nikah itu akhirnya mengalir dari bibirnya, suaranya tidak bergetar namun nadanya sarat dengan rasa tanggungjawab yang berat.

"Sah." Dan apabila saksi mengangguk serentak dan mengesahkan lafaz sah, seluruh ruang tamu seolah-olah menghembuskan nafas lega.

Zahra menutup wajah dengan telapak tangan, air matanya bergenang. Bukan kerana bahagia sepenuhnya, tetapi kerana beban itu akhirnya terangkat sedikit. Dia kini sudah bergelar isteri, meski pun jalan yang dituju begitu kotor di mata orang.

Walid Zahra yang duduk di sisi, menghela nafas panjang. Riak lega terpancar pada wajah tuanya. Baginya, maruah anak perempuannya telah diselamatkan meski pun melalui cara yang pahit. Dia memandang Dean sambil berdoa dalam diam agar lelaki tampan itu tidak mengkhianati amanah besar yang baru saja dipikul.

Namun berlainan pula reaksi Ummi Zahra. Bibir tuanya dikemam rapat, matanya dingin melihat ke arah Dean. Tiada senyum dan tiada redup dalam mata. Hanya resah yang kian membuak. Baginya, menantu itu bukanlah pilihan tetapi paksaan. Dia memaling wajah sedikit, enggan menunjukkan penerimaan walau pun dalam hatinya terpaksa akur pada takdir yang sudah ditentukan.

Zahra menyedari pandangan dingin dari ahli keluarganya. Hatinya semakin sebak. Namun cepat-cepat dia menunduk sambil menadah tangan ketika doa dibacakan. Dia tidak mahu orang lain membaca riak wajahnya. Bibir bergetar. Dean pula hanya menundukkan kepala sambil menelan rasa bersalah yang semakin memberat di dada. Dia tahu, jalan ini bukan mudah. Dia bukan sekadar menjadi suami kepada Zahra tetapi juga menantu yang tidak pernah dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience