Bab 2

Mature Content Series 369

CAHAYA pagi menyelinap melalui celahan langsir, menebarkan jalur-jalur putih di dalam bilik hotel yang sejuk. Namun hatiku terasa kosong. Suasana mewah di dalam bilik hotel tiba-tiba terasa kejam, seolah-olah ia sedang tertawa mengejek padaku.

Aku bergerak perlahan di atas cadar katil. Setiap otot menjerit kesakitan, tubuhku berat menanggung kembali ingatan tentang dosa semalam. Tudung shawl terlerai di atas lantai. Sebuah pembuktian betapa futurnya iman aku. Pakaian masih berselerakan di sudut bilik, sebagai tanda tiada lagi jalan untuk kembali.

Di sebelah, Dean mula bangun perlahan. Wajah tampan itu mengerdip. Tangan kekarnya menyapu lenganku. Lembut dan penuh dengan perhatian, menelusuri kulit mulusku seakan-akan menulis pengakuan cinta yang tidak pernah wajar disebut.

Suaranya garau, perlahan dan lebih lembut daripada suara apa pun yang aku pernah dengar di dalam dunia ini.

“Are you okay?” bisiknya. Bahasa inggerisnya fasih, tiada pelat biarpun lidahnya sudah terbiasa bertutur bahasa Jepun.

Aku tidak menjawab. Tidak mampu. Suaraku terkunci rapat, dada sesak. Aku masih dapat merasakan sentuhannya pada diriku dan rintihan suaranya yang memanggil namaku. Semua itu bukti pengkhianatanku sendiri terhadap agama yang bersusah payah menaikkan darjat wanita.

Perasaan jijik yang membakar di dada aku terasa lebih dahsyat daripada luka zahir.

Dia menoleh, matanya meneliti raut wajahku. “Shhh... Don't cry, Zahra,” pujuknya lembut, ibu jari menyeka titisan air mata yang jatuh. “Last night.… it was love.”

Cinta.

Kata itu menusuk lebih tajam daripada pedang. Bagi dirinya, ia adalah cinta. Bagi diriku, ia racun yang meresap ke dalam hati dan membunuh iman. Bibir mungilku bergetar, namun aku memaksa kepala untuk mengangguk lemah. Dia tersenyum tipis, dicondongkan wajah untuk mencium dahiku. Lama. Sentuhannya konon seakan-akan pelindung yang mampu menenangkan api penyesalan yang kian membakar di jiwaku.

Namun apa yang Dean tidak tahu, dia bukannya sedang melindungi aku. Tapi telah merosakkan aku.

Jam berlalu dengan pantas. Matahari pagi sudah mula naik. Aku cuba menjagakan jarak dan ingin menjauhkan diri darinya dengan menyelinap ke dalam bilik mandi.

Tangan yang menggigil perlahan-lahan melilit tuala hotel di tubuh. Melindungi diri dari tatapan nakalnya. Kononnya ingin memulihkan kembali maruah yang sudah pun tercalar. Tapi Dean segera menangkapku. Lengan sasanya memeluk pinggang rampingku dari belakang, helaan nafasnya hangat di cuping telinga.

“Stay with me,” bisiknya garau. "I need you again."

Darah berderau. Tubuhku serta-merta berdiri kaku. Aku menoleh, bebola mata tercengang luas. “Again?” Suaraku sedikit menggigil, nafas tiba-tiba berubah laju dicampuri dengan ketakutan dan penyesalan semalam.

Dia menundukkan kepala, tenang seperti biasa. Raut tampannya sulit untuk dibaca. "Yes. Why do you look so afraid? Last night… wasn’t it beautiful?”

Jantungku tersusuk.

Indah. Bagi dirinya, mungkin. Tapi bagi diriku, ia merupakan penyakit yang memakan iman aku. Perutku bergelora, jantungku semakin memukul dada dengan degupan laju. Hati bergolak dengan rasa bersalah yang kian menghantui diri. Aku mahu menjerit. Tidak, aku mahu melarikan diri, mahu berdoa dan melutut pada Tuhan sehingga lututku patah. Tetapi pandangannya menahanku.

Dan ketika bibirnya menakluki bibir mungilku lagi, ketika tangannya menolak tubuhku ke atas tilam, aku tidak mampu melawan. Dosa itu menarikku kembali. Kelemahan dalam diriku lebih lantang daripada suara rayuan pada Tuhan untuk memohon ampunan.

Kali ini, dia tidak lagi berlembut.

Aku mencengkam cadar katil, tubuhku tetap mengkhianatiku lagi. Dean menganggap itu adalah cinta selepas bertahun lamanya menghubungkan cinta secara LDR. Cara dia mengenggam tangan kami, cara dia mencumbuiku di antara sentuhan, cara dia berbisik di setiap helaan nafas membuatkan aku menangis teresak.

Sentuhannya romantik bagi pandangan manusia berjiwa barat sepertinya. Tetapi bagi diriku, itu sebuah kehancuran.

Setiap sentuhan menanggalkan sedikit demi sedikit siapa diriku. Setiap nafas mengingatkan mahkota kesucian yang telah hilang. Aku telah menyerahkan malam pertamaku, kepolosan yang satu-satunya aku bersumpah untuk melindungi buat jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz, semata-mata untuk dirinya. Tapi kini, aku hanyalah serpihan kaca di bawah genggamannya.

Ketika selesai, dia rebah di atasku. Dada bidangnya berombak kencang, peluh menitik di atas kulitku. "I love you." Dia berbisik sambil memelukku erat, seakan-akan telah memberikanku dunia. Tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang menghancurkan ia.

Aku serta-merta memalingkan wajah, air mata mengalir tanpa suara.

Baginya, itu asmara cinta.
Bagi diriku, itu penyakit.

Aku cuba menenangkan diri di bilik mandi. Tangan menggigil ketika menyiram muka dengan air sinki yang terasa dingin. Mata menatap pantulan diri di cermin. Rambutku kusut, mata merah dan kulitku rasa terbakar dengan bahang dosa. Hati yang semalam bergetar dengan nafsu, kini hancur. Aku terduduk berteleku lama. Akal tertanya-tanya bagaimana aku boleh terseret dengan begitu dalam, bagaimana iman yang dahulunya terbina kukuh dengan taqwa dapat diragut dengan begitu mudah?

Ah, begitu rupanya.

Iman aku sebenarnya yang senipis kulit bawang. Aku sendiri yang menyerahkan satu-satunya darjat paling terhormat bagi seorang wanita di atas dasar cinta dan nafsu. Semurah itu aku membiarkan maruah diri aku dirosakkan.

Setiap detik dalam bilik hotel dipenuhi dengan memori malam tadi. Bau tubuhnya masih melekat di hidung, suara maskulinnya terngiang-ngiang di telinga. Bibir mungilku masih terasa hangat dari sentuhannya. Setiap inci tubuhku seolah-olah menjerit kerinduan untuk disentuh lagi, meskipun hatiku meraung dan mengutuk diri sendiri.

* * *

Aku terduduk di bucu katil. Tangan menarik selimut menutupi tubuh sambil kepala tertunduk sesal. Doaku bergema dalam hati, tanpa suara. 'Astaghfirullah… ampunilah aku, Ya Allah...' Tapi doa itu terasa hampa. Ia tenggelam di bawah ingatan rintihan suara Dean. Namaku yang diulang-ulang seperti sebaris doa.

Dia muncul kembali dari bilik mandi. Rambut hitamnya masih basah, wajah tampannya tenang seperti tiada apa yang berlaku. Aku menoleh. Mata hitamnya mencari mataku. Senyumnya tipis namun menusuk jiwa. “Kenapa Sayang... diam?” tanyanya lembut. Bahasa melayunya terdengar janggal dan masih belum fasih. Hanya mampu menggunakan perkataan-perkataan mudah yang aku pernah ajarkan ketika menjalinkan hubungan online dengannya. “I thought you enjoyed it," usiknya.

Digeselkan mukanya di belakang leherku sambil memeluk pinggangku erat. Kulitnya berona putih kemerah-merahan, kontra dengan warna cerah kulitku yang sudah terbiasa dengan iklim cuaca khatulistiwa.

Aku menelan rasa sebak. Kepala semakin menunduk. Tubuhku membeku. Hati ingin menjauh, tetapi dia sudah berada terlalu dekat. Tangannya memegang bahuku, menarikku ke arah dirinya. Nafasnya menyejukkan kulitku, namun hatiku terjerut dengan rasa berdosa.

“You enjoyed it?” Aku bertanya, suaraku hampir bisu.

Dia mencondongkan kepala. Pandangan cinta dan puasnya tidak berbohong. “Yes. Of course, Sayang. Last night and just now was so beautiful." Ditelengkan wajah tampannya sedikit. Ulas bibir merah itu mengucup di atas ubun-ubunku. Lembut.

Jantungku lagi sekali ditikam.

Indah. Kata itu berulang, menghantui di setiap urat nadiku. Bagi aku, malam tadi bukanlah keindahan, tetapi racun yang perlahan-lahan mengalir di urat darah, menjejaskan iman dan menakluki jiwaku perlahan-lahan. Aku memejamkan mata di dalam pelukannya. Mengingati setiap desahan, setiap sentuhan yang menuntut kata cinta. Dosa itu menarikku lagi, dan aku menyerah.

Hingga tengah hari, kami tidak berbicara. Kata-kata hilang di udara, digantikan oleh tatapan sayu dan nafas yang lelah. Aku menundukkan diri, berdoa dalam diam, namun tubuhku tetap menginginkan sentuhan dan perhatiannya, hati tetap terikat pada dirinya walau jiwa menolak.

Aku berbaring di atas katil, menatap siling. Bayangan malam tadi bermain-main di balik mata. Hati bergolak antara cinta dan dosa. Antara halal dan haram. Setiap inci dari diriku menjerit untuk menolak kehadirannya, tetapi setiap helaan nafas menjerit rindu. Bercampur aduk dengan penyesalan yang kian membunuh secara senyap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience