BUNYI mesej notifikasi telefon yang masuk secara bertalu-talu menyedarkan aku. Cahaya skrin terpancar terang di dalam kegelapan seakan-akan ingin menyingkap segala dosa yang tersembunyi pada malam itu. Bilik hotel masih berbau peluh, nafsu dan dosa. Cadar katil kedut. Pendingin hawa yang terasa sejuk seakan-akan menghimpit kerongkongku dengan rasa penyesalan.
Selimut digenggam erat di dada. Tangan masih tidak berhenti menggigil. Aku cuba menggagahkan diri untuk bangun. Namun kaki terasa lemah dan aku tersungkur kembali ke atas cadar katil sambil memeluk diri. Tangisan tanpa suara menggoncang dada. Setiap esakan membuatkan aku menekup mulut rapat.
Di belakangku, terasa katil bergerak perlahan. "Love?" Suara serak Dean tertangkap di telinga. Dia terjaga dari tidur. Tubuhnya dialihkan.Tangan kekar itu meraih dan mencari keberadaan aku.
Saat mata kami bertembung, kekeliruan dan reaksi panik menyelinap di wajah tampannya yang biasanya terlihat tenang.
“Zahra…?” Suaranya serak dari tidur. "Why are you crying?”
Aku menekan tapak tangan ke mulut, berusaha sedaya upaya menahan bunyi esakan dari terkeluar. Tapi tangisan itu pecah jua akhirnya.
Dia bangkit perlahan. Menarik selimut dan membalut kembali tubuhku dengan erat. Kemudian dia serta-merta berlutut di hadapanku. Tangannya memegang wajahku dengan mimik kerisauan. Ibu jarinya menyapu air mata yang tumpah.
Pandangannya sukar dibaca, namun ada sedikit riak prihatin yang menusuk hatiku.
“I don't understand,” bisiknya perlahan. "I held you all night. I loved you all night. Why does it hurt you so much?”
Cinta. Kata itu menikam tepat ke hatiku. Aku mengerdip sayu.
“Zahra…” Suaranya kedengaran panik dan penuh rasa bersalah. “I... I'm sorry. I don’t know how to take this back. But please… don’t look at me like I destroyed you.”
Aku menepis tangannya kasar. Dada berombak kencang dengan penuh emosi. "You don’t understand what you’ve done to me,” bisikku. “It’s not just about me. It’s my faith… my family… my God.” Wajah dibenamkan ke permukaan tapak tangan. “I can’t undo this. Saya... Saya dah rosak, Dean.” Aku mengetap bibir. Air mata mengalir dengan lebih deras.
"Rosak?" Wajahnya berubah payau ketika aku menepis kasar tangannya. "Sayang, please speak english to me... What does that mean? Please, calm down." Mimik risau di wajahnya berganti dengan kepedihan.
Aku menangkap esakan.
"Calm down?! You told me to calm down? Rosak. Ruined. You ruined me, Dean! I'm ruined. Body and soul... You don’t know how heavy this is for me," ujarku dengan penuh perasaan. Dean tersentak. Reaksi bersalah dan bingung terlintas di wajahnya.
"I gave you my everything... I gave you my love. How can that ruin you?” tanya dia kembali.
Matanya cuba mencari mataku.
Tangan aku menggigil sambil mengenggam selimut. "Because it wasn’t love to me, Dean. It was sin!”
Sunyi.
Aku memaksakan diri menatap ke dalam matanya. Pandangan sendiri semakin kabur dengan cairan jernih.
“Awak dah musnahkan saya. Awak dah rosakkan kesucian saya. Faham tak?! Diri saya dah rosak sebab kita-"
Reaksi bingung di wajah Dean membuatkan kerongkong aku perit.
"Slow down. Speak english. I don't understand..." Kata-kata dan reaksinya yang masih mati kutu dan risau membuatkan dada aku sesak. Dia seperti anak kecil yang sedang buntu dan cuba untuk memahami situasi.
“You broke me. You ruined me. Do you understand that? And now I can never go back to my old self. I can never be who I was before you."
Dia terkedu.
Bibirnya terangkat seolah ingin membantah, tetapi tiada kata yang keluar. Wajahnya penuh dengan emosi yang bercampur aduk. Rasa bersalah, penafian dan kesedihan. Semuanya bertembung dalam satu pandangan.
Aku menangis dengan lebih keras. “You think this is love, but to me… it’s a disease. It’s killing myself from inside and you don’t even see it.”
Tangan Dean terhenti di udara dari meraih ke arah aku. Dia ingin menenangkan, tapi terlalu takut jika ditepis lagi. Diam. Kesunyian yang di bawa terasa lebih berat daripada sebarang kata dan penyesalan.
"Zahra..." Suaranya teragak-agak. Aku menolak tangannya lagi. Dean terundur setapak. Mimik mukanya berubah sayu.
"You don't understand!"
"Then... Make me."
"You won't!" Tegasku. "Awak takkan faham sakit yang saya rasa sebab awak bukannya Islam!" Aku mengeluarkan segala rasa yang tertahan di dada.
Dia tersenyap. Perkataan itu meresap ke dada. Matanya masih menatapku dengan pelbagai emosi yang bercampur aduk. Aku menolak untuk melihatnya. Tetapi mata itu tegas menahan dan memaksa aku untuk menerima realiti yang telah berlaku.
Dia mendekat. Tapi aku berundur. Tangan mengenggam selimut erat bagi menutup dada.
Rahangnya diketap. Riak bersalah dan pedih muncul di wajahnya walaupun dia cuba mengawal emosi.
"After everything that happened between us... you said that I ruined you?" Nada suaranya berubah terkilan. Dia dibesarkan sebagai seorang Katolik, jadi pengertian dosa baginya berbeza. Bagi Dean, hubungan intim hanyalah intim dan cinta membenarkan apa sahaja.
"Yes! That's right!" Aku melawan tatapan tajamnya. Suara semakin kuat dalam esakan. "Mengenali awak adalah satu kesilapan terbesar dalam hidup saya, Dean. Awak penyakit bagi iman saya."
Kata-kataku menusuk dada Dean seperti pisau belati biarpun dia masih belum benar-benar memahami beban yang aku tanggung. Matanya mengerdip sayu, bingung, kurang faham sepenuhnya dan sedih. Tetapi tangan itu tetap masih mencuba untuk menggapai tanganku.
“Then let me carry it with you,” pujuknya perlahan. “Don’t push me away. I don’t care if I don’t understand everything yet... I’ll learn. I’ll change. If marriage is what makes this right, then I’ll marry you. If your God asks me to believe, I’ll believe. Just… don’t carry this pain alone.”
Aku terkedu.
"I saw the evidence,” bisiknya lagi. Suara patah dalam nada bersalah dan kebingungan. “I know that you were… innocent. And I… I was your first. I’ll never forgive myself if this only leaves you broken."
Saat itu, bunyi pintu diketuk dengan kuat daripada luar bilik hotel. Suara seorang lelaki menyergah.
"Buka pintu ni! Perintah JAKIM!"
Darahku berderau. Nafas seakan terhenti. Wajahku serta-merta berubah pucat. Tangan mencengkam selimut yang masih membaluti tubuh.
Dean berada di sampingku. Tubuhnya tegak dan dia berdiri terpaku di hadapan mataku. Dia menatapku dengan perasaan yang bercampur baur. Riak kebingungan, kemarahan dan sesuatu yang belum pernah aku lihat di matanya. Kesedaran. Kesedaran bahawa semua yang terjadi malam-malam sebelumnya kini telah terkeluar dari kawalan.
Ada terselit riak desakan, ada amaran, tetapi ada juga sesuatu yang tidak mampu kugenggam. Sebuah tatapan lembut dan protektif yang membuatkan nafasku tersekat-sekat.
Tamat POV-Zahra
Share this novel