BAB 4

Romance Completed 40288

"Mimi, salam uncle ni sayang. Ni Uncle Bobo. Eh, uncle Yusri." pinta Adriana kepada Shamimi supaya bersopan dengan tetamunya.

Shamimi segera menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dan mencium tangan Yusri. Yusri menyambut salaman itu dengan senyuman dan menepuk lembut bahu Shamimi.

"Uncle ni, kawan mama masa sekolah dulu. Bobo, ni anak aku. Shamimi," Adriana memperkenalkan anaknya.

Shamimi hanya mengangguk dan beredar ke meja dia menunggu tadi. Adriana mengekori dari belakang. Yusri juga mengikut setelah diajak oleh Adriana untuk berbual lebih panjang.

“Duduklah. Kau nak nugget ni sekali?” tawar Adriana. Yusri menggeleng tanda tidak mahu dan tersenyum.

"Kawan-kawan sekelas kita pun tak tahu aku dah kahwin Bobo. Aku pun kahwin mengejut juga. Tak beritahu semua orang pun. Buat kecil-kecilan je. Lepas dah kahwin tu, aku pun jarang lagi balik ke kampung ni. Mak dan ayah aku je la yang selalu ke sini," jelas Adriana apabila melihat Yusri masih lagi terkejut dan seperti tidak percaya dia sudah berkahwin dan punya anak.

“Oh. Kenapa jarang balik? Suami kau tak bagi ke?”

“Eh, taklah. Ada perkara yang terjadi dalam keluarga aku sejak aku kahwin tergesa-gesa dulu.”

“Maaflah kalau aku macam menyibuk tadi.”

“Tak pe. Aku tahu, kau memang akan tanya juga hal ini.”

“So,where is your husband?”tanya Yusri ingin tahu lagi.

Shamimi menarik baju Maisara meminta mamanya mengelap sisa nugget yang comot di mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience