BAB 10

Romance Completed 40288

Yusri menghampiri isterinya itu untuk menyarungkan cincin pernikahan mereka. Majlis akad nikah di masjid itu meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat dari kawan-kawan sekolah mereka.

Hampir semua mengusik apabila Adriana dan Yusri mengirimkan kad jemputan perkahwinan. Siapa menyangka dari kawan sekolah tetiba menjadi pasangan untuk seumur hidup. Sesungguhnya jodoh mereka memang kuat.

“Eddy, terima kasih sudi terima abang sebagai suami dan ayah kepada anak sayang,”bisik Yusri perlahan di telinga Adriana sebaik sahaja dia menyarungkan cincin di jari isterinya itu.

Adriana tersenyum dan mukanya sudah kemerahan kerana malu mendengar kata-kata Yusri. Dia yang patut berterima kasih kerana Yusris udi menerima dirinya ini yang sudah mempunyai anak itu.

“Mimi, tak nak peluk papa ke?” Yusri mendepakan tangannya untuk dipeluk. Shamimi berlari memeluk papanya erat.

Shamimi memang manja dengan Fakhri, tambah-tambah apabila dia mendapat tahu mamanya akan berkahwin dengan papanya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience