BAB 7

Romance Completed 40288

Adriana duduk di bangku rehat yang disediakan. Fikirannya menerawang ke Fakhri. Teman lama yang semakin lama semakin rapat dengan dirinya dan Shamimi.

Seperti tak percaya. Dari dulu, dia memang rasa selesa apabila Yusri di sampingnya.

Kehadirannya sekali lagi dalam hidupnya menjentik rasa Adriana untuk jatuh cinta lagi. Apatah lagi melihat Shamimi dengan Yusri bagaikan bergurau senda seperti anak dan ayah menyentuh hati wanitanya.

Adriana tersenyum sendiri. Lamunannya terhenti apabila namanya dipanggil. Rupanya Yusri sudah lama memerhatinya mengelamun seorang diri.

"Eddy," panggil Yusri dari sisinya.

"Eh, Bobo! Kau ada di sini juga? Aku baru teringat tentang kau. Mimi asyik nak jumpa dengan kau je," kata Adriana.

"Yeke? Biasalah tu. Aku pun rindukan dia. Dia nak bermanja dengan ayahnya tapi ayah pun tak ada..." kata Yusrimembuatkan Adriana mengalihkan pandangannya.

“Eddy,aku ada hal penting nak cakap dengan kau ni.” Serius suara Yusri.

Hari ini mereka tinggal berdua tanpa Shamimi. Sengaja Yusri mengikut Adriana berjalan pagi itu ke taman. Dia mahu mencipta peluang untuk menyatakan sesuatu kepada Adriana. Shamimi sudah ditinggalkan di rumah jiran sekejap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience