BAB 6

Romance Completed 40288

Adriana meneliti wajahnya di hadapan cermin. Okay,semua nampak kemas.

Kebaya hitam itu nampak terletak cantik di tubuhnya. Selendangnya dibelit kemas.

Shamimi selalu cakap yang mamanya ni ‘hot’ disebabkan penampilannya yang bergaya itu.

“Mama,kita pergi sendiri ke atau Uncle Bobo datang sini?” Teruja sekali Shamimi hari ini. Yusri mengajak mereka dua beranak keluar selepas Shamimi selalu menelefonnya mengajak berjalan-jalan.

Entah kenapa, manja betul Shamimi dengan Yusri sejak mereka bertemu bebrapa kali dan makan bersama di supermarket dulu.

Malah, Adriana juga sering berbalas mesej di whatsapp dengan kawan lamanya itu. Selesa nampaknya saling berhubuungan.

Kadang-kadang Yusri pula menelefonnya bertanya khabar atau sekadar mahu bersembang. Cerita lama lah yang selaluny hjadi topik perbualan mereka hingga ketawa tak henti-henti.

“Uncle datang ambillah. Jom tunggu kat depan,” Adriana menarik tangan anaknya keluar dari rumah.

Adriana tahu, Shamimi suka apabila Yusri selalu melayan karenahnya. Dia dahagakan kasih sayang seorang ayah. Sejak kematian suaminya dua tahun lalu, Mimi selalu murung kerana dia manja dengan ayahnya. Mungkin kerana itulah Shamimi senang dengan kehadiran Yusri.

Dan hari itu, Adriana gembira melihat Shamimi begitu ceria bergurau senda dengan Yusri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience