BAB 9

Romance Completed 40288

Kata-kata Yusri disambut dengan senyuman lebar Adriana.

“Bobo, aku rasa aku dah agak tentang hal ini. Sebenarnya, aku ada jumpa pengakuan kau dulu dan aku ingat sampai sekarang. Selama ini, aku tak beri perhatian. Tapi bila kau dah mengaku ni, maka tepatlah jangkaan aku," akui Adriana.

“Boleh aku tanya satu soalan, Bobo?” soal Adriana pula.

“Tanya banyak pun bolehh,Eddy. Alang-alang kau dah tahu ni,” jawab Yusri. Adriana menjeling.

“Kenapa kau suka aku? Dulu masa kita sekolah, aku ni tak macam perempuan sangat kot. Kau pun pernah cakap kot. Semuanya memang kasar habis. Aku kan suka buli orang. Dengan kau sekali aku buli.” tanya Adriana hairan.

“Kalau kau nak tahu lah kan,cara kau yang kasar tu lah buat ramai lelaki suka kau. Cantik tapi tak pernah control. Yang lain bajet je.” akui Yusri bersahaja.

Tergelak Adriana mendengarnya.

"Adriana, sudikah awak menerima lamaran saya untuk jadikan awak kekasih halal saya dan menjadi ibu buat anak-anak saya nanti?” ucap Yusri lancar tentang hasrat hatinya kepada Adriana.

Tenang saja riak wajahnya. Cukup yakin. Romantis sekali Yusri ketika menyuakan cincin itu ke Adriana.

Mendengar kata-kata lamaran itu, Adriana malu-malu rasanya dilamar oleh seorang lelaki yang masih bujang sedangkan dia berstatus janda. Ada anak satu pula.

Tambah tak percaya, lelaki itu sudah bersama-samanya sejak mereka masih kecil. Membesar bersama-sama.

Adriana diam seribu bahasa. Lidahnya kelu. Tak tahu apa jawapan yang harus terpacul dari mulutnya. Dia memandang wajah Yusri. Lama dipandangnya.

“Eddy, kenapa diam saja ni? Awak tak sudi ke terima lamaran saya?” tanya Yusri mengangkat keningnya seolah mahu mendapatkan kepastian segera jika boleh.

Adriana menarik nafasnya dan melepaskannya perlahan.

“Saya terima lamaran awak. Saya sudi menjadi yang halal dan menjadi ibu buat anak-anak kita nanti” jawab Adriana perlahan-lahan dengan berhati-hati.

Yusri tersenyum gembira mendengar jawapan positif Adriana itu.

Takdir Allah itu rahsia dan tidak siapa akan pernah menyangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience