BAB 3

Romance Completed 40288

“Mama! Lamanya Mimi tunggu mama. Mama dah belikan nugget Mimi ke belum?" soal Shamimitidak puas hati kerana nugget yang dia mahukan belum lagi dia dapat.

Wajahnya masam mencuka. Adriana pula tersengih keran dia tahu salahnya lambat membuat pesanan. Terlupa kerana ralit bersembang panjang dengan Yusri.
"Eh, sorry sayang. Mama sedang borak dengan kawan lama mama ni. Kejap ye. Mama belikan sekarang juga," kata Adriana terus membuat pesanan untuk anak perempuan kesayangannya itu. Dia pasti Shamimi mesti sudah bosan menunggunya di meja.

Setelah membayar nugget yang dipesan, Adriana terus menyuakan nugget itu kepada anaknya.

"Eddy, ni anak Eddy ke ni?” tanya Yusri dengan riak terkejut. Adriana mengangguk mengiakan soalan Yusri itu.

"Aku tak tahu pula kau dah kahwin. Kawan-kawan sekelas kita dulu pun tak ada pula bagi tahu. Dah besar pun anak kau," kata Yusri lagi.

Adriana tersenyum sumbing kerana tidak terkejut dengan kenyataan Yusri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience