BAB 8

Romance Completed 40288

Yusri diam memandang jauh. Hairan juga Adriana apabila Yusri yang selalu menyakat tiba-tiba diam begitu. Entah apa yang difikirnya ketika itu.

“Eddy,ingat tak lagi yang aku pernah cerita kat kau perempuan yang aku suka dari sekolah tu?” soal Fakhri.

Adriana tersenyum mendengar soalan Yusri. Tentu saja dia ingat.

Dia juga tertanya-tanya siapakah gerangannya. Adakah dirinya kerana dia pernah terlihat kertas pengakuan Yusri dahulu tapi baginya itu semua adalah mainan budak-budak.

Pernah juga dia bertanya nama budak perempuan itu sekiranya dia juga mengenalinya. Namun Yusri pandai mengelat. Yusri akan tersenyum dan mengubah topik.

“Aku nak kau tahu yang budak perempuan itu adalah...” tergagap pula Yusri mahu menghabiskan ayatnya.

Adriana pelik mengapa secara tiba-tiba kawan lamanya itu berkelakuan pelik begitu.

"Siapa yang Bobo suka ni? Cakaplah. Nervouslah," sempat Adriana mengusik.

Yusritersenyum dan tunduk ke bawah kerana malu.

"Kau Adriana," kata Yusri. Akhirnya pengakuan itu dihabiskan juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience