BAB 1

Romance Completed 40288

“Eddy?” Panggilan dari arah belakang mengejutkan Adriana yang sedang mengelamun melihat barangan dapur di hadapannya.

Sudah lama orang tidak memanggil namanya begitu. Seingatnya kali terakhir nama itu dipanggil semasa berada di awal sekolah menengah dulu. Kira-kira sebelas tahun lalu.

Adriana mengangkat wajahnya perlahan dan menoleh ke arah suara yang memanggil nama lamanya tadi. Lelaki itu tersenyum lebar. Matanya masih memperhatikan reaksi ragu-ragu Adriana.

Raut wajahnya seperti kacukan Mat Saleh. Matanya bundar dan kulitnya putih cerah. Tubuhnya tinggi. Senyumannya pun manis.

Adriana masih merenung lelaki itu,cuba mengingati siapa lelaki di hadapannya ini yang tahu nama panggilannya di sekolah menengah.

“Lama sangat kau tengok aku ni. Kau tak kenal aku ke? Sampai hati lupakan aku," kata lelaki itu diikuti cebikkan bibirnya.

Adriana mengerutkan dahinya. Masih berfikir siapa di hadapannya ini dan di mana mereka berkenalan.
Bisiknya dalam hati "Siapa mamat ni... Memang aku tak ingat lah siapa dia ni."

“Maaflah ya.Saya tak ingat,” balas Adriana sopan.Senyumn pelik dilemparkan.

“Aku kawan sekelas kau dulu la. Yusri la ni. Opss.. Bobo. Dulu semua panggil Bobo. Ingat tak?”ujar Yusri dan dia ketawa lagi.

Adriana teringat sesuatu apabila mendengar nama itu. Terus dia menepuk dahinya. Tidak mungkin dia tidak kenal dengan lelaki yang seorang ini.

Share this novel

Aiman Nasuha
2020-04-27 10:41:58 

best tapi bab sikit . jalan cerita yang pendek


NovelPlus Premium

The best ads free experience