BAB 6

Drama Completed 473

Malam menjelma. Mereka makan di sebuah restoran yang sederhana besar. Lima orang semuanya. Zikri dan Farid, berserta Adenia , Malika dan Erin, rakan tutorial Malika .
” Denia selalu kat perpustakaan ker. Selalu I nampak U kat sana.” Kata Zikri cuba beramah mesra. Dia memandang Denia , gadis itu melarikan anak matanya . Denia nampak sangat cantik. Sopan dan memikat. Bertudung litup, tapi nampak kemas dan moden.
Lelaki itu pula pada Denia , peramah. Tidak kekok, dan mudah mesra.
” Kalau ada tugasan, melekat lah kat situ.” Denia bergurau . Cuba menimbulkan suasana ceria.
” Makan lah.Banyak makanan ni.” Kata Zikri lagi. Lelaki itu berbadan tegap. Agak berisi sedikit tetapi tidak nampak gemuk, kerana dia tinggi. Kulitnya sawo matang seperti kebanyakan kulit lelaki Melayu.
“Makan banyak-banyak. Jangan malu.” Farid pula berbasa-basi. Farid dan Malika dalam proses mengenali hati budi. Keadaan sunyi sejenak semasa mereka menikmati makanan.
Suasana tiba-tiba kecoh di luar restoran. Seorang lelaki dikerumuni tiga orang lelaki lain. Mereka bergelut tanpa mempedulikan orang awam.
“Eh…tengok Malika . Itu lah pelajar yang langgar aku dulu. Dia kena pukul lah.” AriDenia bersuara cemas.
” Betul ker Denia .Kau pasti. “
“U kenal lelaki tu?” Zikri pula bersuara. Ada nada cemburu dalam pertanyaan itu. Dia sebenarnya kenal lelaki yang mereka sedang perhatikan itu. Lelaki yang terkenal kat Unit Hal Ehwal Pelajar gara-gara masalah disiplin dengan pihak universiti.
Denia hanya angguk. Memohon simpati.
” Dia kan yang selalu naik-turun kat Unit HEP, banyak masalah dia tu. Dah pernah kena gantung dengan pihak universiti . Memang budak tu, tak sayang masa depan dia.” Kata Farid pula .
” Jap! Jap! Dia nampak macam Pak Sulong . Arwah Hadid Jalal . Dia lah yang kau nampak kan Denia ?” Malika pula bersuara cemas. Gugup dan gementar sekaligus. Masih menafikan apa yang mata sedang melihat. Tak mungkin !
” Siapa Hadid Jalal ? Siapa Pak Sulong ? Dia budak ’course’ apa?” Giliran Zikri pula bertanya. Malika dan Adenia berpandangan. Tak ada masa nak buat ’flash back’.
” Zikri !! ’Please’ , tolong selamatkan dia. I pohon dari U ” Tambah Adenia lagi.
Zikri dan Farid saling berpandangan. Malika dan Erin juga terkedu. Adenia menarik nafas panjang. Perlahan-lahan menghela nafas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience