BAB 7

Drama Completed 473

Zikri dan Denia sudah mula berkawan baik sejak pertemuan pertama di Gelugor dulu. Namun, Denia tidak pernah memberi apa-apa harapan pada lelaki itu. Dia pernah berbicara , dia senang berkawan dengan lelaki itu . Zikri pula, tidak mahu terburu-buru. Baginya Adenia pasti akan terima dia kelak. Yang dia risau ialah kemunculan Luqman Affendi dalam hidup Adenia dan masih tertanya-tanya tentang Hadid Jalal dan Pak Sulong . Bila bertanya kepada Adenia , gadis itu enggan mengulas lanjut. Banyak rahsia Adenia dia tidak tahu. Gadis itu seolah-olah ada kisah silam yang dia tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Adenia naik ke bilik. Dia baru habis tutorial . Dia membuka pintu yang tidak berkunci .Yakin Malika ada di bilik. Dia memberi salam. Tapi, anak telinganya sempat mendengar suara perempuan menangis.
” Awak??”
” Maafkan saya. Saya Alia. Awak saja boleh tolong saya sekarang.” Alia berhenti menangis. Dia memeluk Denia erat. Malika yang duduk di kerusi melihat sahaja tanpa bersuara.
” Kenapa? Denia boleh tolong apa?” Adenia tidak faham situasi sebenar. Dia masih ingat ini lah gadis yang menjirus air ke mukanya dahulu kerana salah faham.
” Saya mengandung anak Luqman Affendi! “
” Apa??” Denia dan Malika saling berpandangan.
“Siapa Luqman Affendi? ” Malika dan Adenia serentak bertanya. Bingung dengan kedatangan Alia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience