BAB 8

Drama Completed 473

” Saya nak jumpa awak . Penting sangat. Kita bincang kat bawah ya.” Talian diputuskan.
” Assalamualaikum Adenia !” Suara itu mengingatkan dia pada Pak Sulong . Suara itu saling tak tumpah macam Hadid Jalal . Cuma, gaya saja berbeza. Lelaki di hadapannya kini memakai baju T lengan pendek, warna gelap, dengan seluar ‘jean’ lusuh. Mukanya kelihatan bersih. Masih kelihatan segak.Hidung mancungnya, dan teduh matanya sangat mirip seperi arwah Hadid . Denia tiba-tiba digamit rindu.
” Awak tahu kan, kenapa saya nak jumpa ni. Fasal Alia.Saya tak tahu macam mana saya boleh berkait dengan kehidupan awak dan kekasih awak tu. Dia minta tolong dengan saya.”
” Kalau awak tak ada kaitan, kenapa awak datang?? Kenapa awak nak bela dia??”
” Sebab saya dan dia sama-sama perempuan. Saya tak nak dia diperlakukan sebegitu. Dan selebihnya saya tidak tahu kenapa saya harus datang menemui lelaki seperti awak yang tidak bertanggungjawab, yang merosakkan masa depan orang lain. Awak dah hancurkan masa depan awak. Dan sekarang awak nak hancurkan masa depan Alia. Begitu? “
” Awak buat kesimpulan terlalu awal Adenia . Awak kan tak kenal saya. Bagaimana awak boleh menuduh saya. Saya tahu Alia mengandung. Saya tahu ini taktik kotor dia untuk perangkap lelaki jahat macam saya . ” Luqman Affendi berbicara laju. Merenung ke dalam mata Adenia . Cantik. Mata itu kini menjadi pujaan hatinya . Perasaan aneh yang dia rasakan dulu menerpa lagi. Siapa gadis ini sebenarnya. Kenapa dia harus berperasaan demikian tiap kali mata mereka bertemu.
Wajah mulus bertudung litup tetapi sungguh menawan . Sedetik, dua detik, tiga detik, dan belum empat saat dia mengira, wajah itu tunduk seketika. Berubah warna muka gadis itu. Luqman Affendi seronok melihat Adenia yang jadi pemalu.
” Awak tahu? Dan awak tak nak bertanggungjawab?” Adenia mengangkat wajah. Memaksa dirinya bertentang mata dengan pelajar itu.
” Awak percaya saya buat? Awak ada bukti? Awak ingat saya jahat sangat kan? Sampai sanggup rosakkan hidup anak dara orang. Saya mengaku, saya jahat. Saya kaki gaduh, saya lumba motor, saya ada masalah disiplin dengan pihak universiti. Saya pernah digantung kuliah . Saya juga dalam perhatian pihak universiti . Tapi, saya orang Islam. Saya tahu yang mana haram dan halal. Saya masih waras Adenia . ” Panjang lebar Luqman Affendi memberi jawapan.
” Jadi? Apa yang berlaku?”
” Awak Tanya Alia. Dia bekas kekasih saya . Kami dah berpisah secara aman tahun lepas. Kebelakangan ni, dia asyik kejar saya. Dia nak kembali pada saya. Dia akan buat apa saja. “
” Habis tu… awak terima lah dia. Habis cerita. Kan dia bekas kekasih awak.”
” Awak terima Zikri dalam hidup awak Adenia ?? Dia dah lama suka kan awak. Kasihan dia . ” Affendi meguji kesabaran Adenia . Apa kehendak lelaki itu , Denia tidak faham.
” Jadi awak kenal Zikri juga? Kita bincang soal awak dan Alia, Fendi!! Bukan soal saya.Bukan juga soal Zikri “
” Awak percaya atau tidak, terpulang. Saya tidak takut . Bawa Alia buat pemeriksaan doktor kalau betul dia mengandung anak saya.” Affendi bangun. Memberi salam dan berlalu pergi. Meninggalkan Adenia dengan kata-kata akhir yang sungguh menyakitkan hati. ’Betulkan hidup awak dulu, baru baiki hidup orang lain Adenia .’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience