BAB 4

Drama Completed 473

Sudah seminggu kejadian itu berlalu. Adenia tidak mahu fikirannya dibejat lagi. Dia tidak pernah jumpa dengan lelaki yang pernah melanggarnya dahulu. Dia juga tidak jumpa lagi dengan bayangan wajah Hadid Jalal . Mungkin benar telahan Malika , itu sekadar ilusi mindanya sahaja.
Adenia beratur membeli makanan di kafeteria hadapan ’foyer’ dewan kuliah. Hajatnya nak mengisi perut sedikit. Lepas kuliah tadi, dia rasa lapar pula. Malika keluar ke KOMTAR dengan Erin untuk membeli-belah . Adenia tidak mahu ikut, lagi pun, dia bercadang untuk terus ke perpustakaan selepas ini.
Adenia membawa secawan kopi dan sebungkus ’sandwich’ sardin. Dia duduk di meja paling belakang. Meja yang kosong dan agak tersorok . Ramai yang mula membanjiri kafe itu untuk makan.
” Boleh saya duduk?” Satu suara menggamit lamunannya.
” Awak?” Adenia terkejut . Berdiri di hadapannya kini, seperti orang mati hidup semula. Wajah itu yang dia nampak di luar perpustakaan dulu. Jadi, itu bukan ilusi mindanya. Pelajar itu nampak agak serabut . Rambutnya agak panjang mencecah bahu. Kulit mukanya cerah dan bersih. Penampilannya yang tidak kemas membuatkan dia nampak tidak terurus. Tambahan lagi, dia memakai baju T lusuh, dengan seluar ’jean’ yang lebih lusuh warnanya . Mungkin ’trend’ masa kini.
” Kenapa pandang saya macam tu. Saya tahu saya salah. Saya datang nak minta maaf .” Ujar pelajar yang sudah pun duduk berhadapan dengannya.
” Saya tak faham. Minta maaf apa??” Adenia mengawal perasaan yang berkecamuk. Sekian lama, dia cuba melupakan wajah itu, tapi kini, wajah itu hadir semula walau dalam jasad orang lain.
” Saya langgar awak dengan motosikal dahulu.” Lelaki itu tenang bercerita.
“Jadi, awaklah lelaki tu?? ” Adenia berkira-kira sendiri. Kejadian itu, dah
berlalu. Dia pun sudah sembuh. Malas hendak panjangkan cerita. Bagaimana aku hendak buang bayangan Hadid , kalau wajah ini hadir di hadapan mata ku Ya Allah.
” Saya terpaksa pergi. ” Kata Denia tiba-tiba, selepas beberapa detik menyepi.
” Awak dah maafkan saya??.”
” Baiklah. Lagi pun, saya dah tak apa-apa.” Adenia menjawab lembut. Dia menghela nafas pendek.
” Kenapa awak seperti terkejut tengok saya tadi? Kita pernah jumpa sebelum ni?” Tanya pelajar itu semula. Lelaki itu juga terasa sesuatu. Terasa kelainan berhadapan dengan gadis ini. Dia tidak tahu, tetapi dia membuang perasaan aneh itu jauh-jauh. Dia pernah terluka dengan seorang gadis. Dia tidak mahu terluka lagi.
” Tak ada apa-apa. Saya yakin kita tak pernah kenal. ” Adenia menuturkan kata-kata dengan tenang. Adenia menolak kerusi untuk bangun. Belum sempat dia melangkah jauh.
” Hei perempuan!! ….banyak-banyak lelaki dalam kampus ni, Affendi jugak kau nak pikat ya!!” Suara tajam gadis yang baru sampai itu mengejutkan Denia .
” Maaf kan saya, awak silap orang. Saya tak kenal pun lelaki ni.” Adenia menjawab perlahan.
” Tak kenal kau kata. Ni, makan sekali ni apa? Patutlah tadi kata nak ke kelas. Kelas kat sini pulak.” Gadis yang bernama Alia itu mencerlung marah. Memandang ke wajah Luqman Affendi dengan tajam.
“Alia, jaga mulut tu sikit. Aku dengan dia tak ada apa-apa.Jangan buat hal kat sini. Mari balik.” Fendi menarik lengan gadis itu dengan kasar.
Gadis bernama Alia tertolak ke depan. Cengkamannya kuat, Alia meronta-ronta minta dilepaskan. Akhirnya terlepas. Alia berlari laju ke meja Adenia . Dia mengambil segelas air di atas meja lalu menyimbah ke muka Denia . Basah tudung kepala gadis itu. Fendi sampai ketika Denia meraup wajahnya dan tudungnya yang basah.
” Jangan muncul depan saya. Saya tak nak menjadi sebahagian dari kisah hidup kamu berdua . ” Adenia bersuara tiba-tiba.
Luqman Affendi menatap wajah itu seketika, perasaan aneh itu bertandang kembali. Kemudian dia menapak pergi bersama Alia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience