BAB 10

Drama Completed 473

Pagi itu, Denia dan Malika ke kuliah seperti biasa.Segala-gala sudah terang dan bersuluh. Alia juga kembali sedar bahawa cinta tidak boleh dipaksa lagi. Bagi Zikri, sama seperti Alia. Mungkin Denia bukan tercipta untuknya. Zikri akan belajar menerima Denia sebagai kawan baiknya sahaja. Sejauh persoalan Hadid dan Pak Sulong , Zikri tidak mahu ambil tahu. Biar lah, suatu hari cerita itu datang dari mulut Adenia .
Hidup Denia pula, kembali kosong. Selepas sekian lama, hatinya berkocak rindu. Dia mula menepis perasaan yang datang. Bukan kerinduan pada orang yang sudah pergi. Tapi, kerinduan pada yang masih hidup. Denia tidak mahu mengakuinya. Walaupun Malika selalu mengusik dan membuat serkap jarang. Denia sedar Malika boleh merasai bahawa perlahan-lahan, dia juga mula jatuh cinta dengan lelaki yang bergelar Luqman Affendi itu. Dia pasti, dia cintakan lelaki itu, bukan kenangan arwah Hadid .
Lepas kuliah jam 3 , Adenia menjejakkan kaki ke klinik USM. Dia menjalani pemeriksaan rutin seperti biasa . Malika juga ada bersama. Gadis itu setia menemani sahabatnya.
” Kau nampak tak ? ” Tanya Denia .
Malika memandang ke arah yang sama. Pandangannya menangkap sesuatu. Kali ini, dia nampak seseorang yang dia cukup kenal. Sekian lama dia tak jumpa lelaki itu. Rizal ? Sahabat baik Pak Sulong . Apa dia buat kat sini? Dia kenal Luqman Affendi?
Malika dan Adenia keliru. Kedatangan Rizal tanpa mereka ketahui dan bagaimana Rizal boleh mengenali Luqman Affendi.
Adakah Luqman Affendi juga sakit seperti Hadid Jalal dulu?? Kenapa semua lelaki yang hadir dalam hidup Denia akan berakhir begini. Oh Tuhan. Aku tak mahu kehilangan buat kali kedua. Denia gagahkan kakinya, mengejar Rizal dan Luqman Affendi yang sudah ke tempat mengambil ubat. Malika juga mengikut. Tidak mahu ketinggalan kisah sebenar .
” Luqman Affendi”. Denia merenung pelajar itu dengan serius . Dia seperti sudah berubah. Tidak memakai seluar jean koyak, dan baju lusuh seperti samseng. Lelaki itu lebih kemas, lebih kacak, lebih sopan seperti mahasiswa sebenar.
” Denia ? Laila Adenia ? Dan awak Malika kan? ” Rizal menegur mereka terlebih dahulu.
” Oh Tuhan!! Jadi kau ni betul Rizal kan. Kawan Hadid Jalal ?” Adenia bersuara.
“Kau buat apa kat sini Rizal? “
” Aku datang nak jumpa Fendi. Kami memang dah kenal lama. Aku pernah datang sebelum ni, kita jer tak pernah jumpa. ” Beritahu Rizal, menghilangkan persoalan yang sedang melanda.
“Macam mana awak kenal Hadid Jalal ?” Tiba-tiba Luqman Affendi pula bertanya.
” Jadi kau berdua tak tahu lagi? ” Rizal pula bertanya pada Adenia dan Malika .
” Ini kembar Hadid . Luqman Affendi.” Rizal membuat penjelasan.
” Dan ini, gadis bertudung putih yang kau pernah ceritakan dulu.” Giliran Luqman Affendi pula bersuara. Rizal mengangguk laju. Malika dan Adenia seperti tidak percaya. Namun, kenyataan sudah terbentang di dada hakikat.
Luqman Affendi berfikir-fikir. Patutlah , dia rasa macam pernah mengenali Adenia . Malah, berperasaan aneh dengan Adenia . Rupanya, gadis itu ialah insan yang istimewa dalam hidup abang kembarnya dahulu.
Mereka bertemu mata. Melepaskan rindu setelah sekian lama.
” Awak kenapa? Awak juga nak tinggalkan saya, ? Senang-senang awak masuk dalam hidup saya, sekarang awak nak pergi. Luqman Affendi,… Awak….saya, saya rasa….saya….” Adenia tidak jadi menghabiskan ayatnya. Air matanya lebih dahulu bergenang di birai mata. Dia menyeka air mata itu. Dia menarik nafas panjang. Kalau benar ini ujian Tuhan, dia akan terima.
” Duduk Denia . Duduk dulu, awak nampak pucat. Awak sakit ker?” Luqman Affendi mengambil berat. Malika dan Rizal melihat sahaja. Mereka simpati dengan Adenia . Tuhan yang menentukan pertemuan ini. Begitu pendapat Malika . Tuhan menghantar Affendi untuk menggantikan Hadid . Tuhan Maha Kaya.
” Awak sakit apa? Jangan rahsiakan dari saya kalau awak sakit .”
” Saya tak sakit. Saya jumpa doktor untuk pemeriksaan rutin. Macam awak juga. Saya bebas dari jangkitan barah . Tuhan telah menghantar saya untuk awak ! Saya sayang kan awak. Saya jatuh cinta kat awak masa saya terlanggar awak dengan motosikal dahulu. Saya tak kenal awak, tapi perasaan halus itu datang sendiri. Tapi, saya dah rasakan sebahagian jiwa awak ada bersama saya. ” Luqman Affendi menambah lagi.
” Kenapa awak tak bagi tau? Saya fikir saya bertepuk sebelah tangan lepas kes Alia dulu. Saya bersalah pada awak. Menuduh awak jahat. Lepas awak pergi dulu, saya dah mula rasa lain. Saya tak tahu dan saya tak pasti. Awak pula menghilang dan saya jumpa awak kat sini. ” Ujar Laila Adenia lagi.
” Saya dah maafkan awak dan Alia. Saya faham. Saya tak salahkan Alia juga.”
” Denia , awak gadis yang saya cari , Gadis Bertudung Putih!”
” Fendi, saya terima awak kerana awak Luqman Affendi. Bukan kerana Hadid Jalal .” Tambah Adenia lanjut. Sejenak, Mereka bertukar senyuman.
” Jom!! Kita pergi makan. Semua dah jelas kan” Rizal membuka bicara. Malika juga gembira. Gembira kerana cinta Denia sudah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience