BAB 2

Drama Completed 473

” Denia , bangun lah, jom kita keluar makan awal sikit. Aku lapar lah.” Malika menggerakkan tubuh Adenia yang mengiring di atas katil.
” Emm…pukul berapa ni ?”
” 5.30 dah. Kau dah solat kan?”
“Dah. Aku ke tandas dulu lah.”
“Dah siap?” Tanya Denia yang baru datang dari tandas di hujung bangunan.
” Dah. Kita makan kat Desasiswa Kembara ya. Aku nak makan nasi ayam.” Kata Malika lagi.
“Okay. Aku ada hal nak bagi tau kau Malika .”
” Kat sana lah kau cerita “
Mereka duduk di meja yang lengkap dengan empat buah kerusi berwarna . Mengambil tempat berhadapan pemandangan bukit menjadikan petang mereka sangat tenang.
“Nak citer apa Denia ?”
” Aku cakap kau jangan sindir aku pulak.” Ucap Denia sambil menceduk kuah sup ke dalam pinggan nasi .
” Cakap lah , aku dengar dulu.” Kata Malika yang kelihatan laju menyuap nasi.
“Aku tak tahu lah Malika . Aku nampak Hadid . Aku nampak dia. Aku nampak Pak Sulong .” Ujar Denia perlahan tetapi mengandungi keperitan.
“Kau what? Kau nampak Pak Sulong yang dah meninggal dua tahun lepas? Kau ni angau ker apa? Dia dah pergi. Dah tak ada. Titik. Kau tu, jangan ingat sangat . Tak baik tau. Orang tu dah tak ada. Lepas kan dia pergi Denia . Nanti kau yang seksa.” Kata Malika panjang.
“Aku tahu. Tapi aku rasa aku nampak dia. Aku rasa macam aku nak jumpa dia.”
” Haa…mula-mula kau nampak, terus kau nak jumpa, lepas ni apa? Kau nak jatuh cinta kat bayang-bayang Pak Sulong ? Gitu? Orang mati mana ada hidup semula Denia . Kau ingat kita ni, dalam cerita ker??” Malika bersuara tegas. Dia tidak mahu kawannya hanyut dalam kenangan .
” Baik lah. Aku janji. Aku tak kan ingat dia lagi.” Denia mengalah dalam keterpaksaan. Dia tahu ini jalan terbaik.
“Hmm..maaflah tadi aku tegas sikit. Ada kawan aku kan Denia , dia ada kawan sorang . Lelaki. Mamat ni kan ambil kursus Sains Komputer . Kita jumpa diorang nak?. Dia selalu bagitau aku , suruh ajak kau keluar sama. Nak kenalkan mamat Sains Komputer ni dengan kau. Kau nak tak?”
” Kau nak cakap apa sebenarnya Malika?”
”Aku nak kau keluar dengan mamat tu lah. Aku nak kau lupa kan Hadid . Aku nak kau mulakan hidup baru. Ramai lelaki kat luar sana suka kan kau . Tapi kau kau kunci hati kau dan stuck pada orang yang tak ada lagi.” Perlahan Malika memujuk meski tegas kata-katanya. Bimbang hati gadis itu berkecil hati.
” Kalau hati aku tak rela, tak guna Malika . Seribu lelaki pun, tak ada makna selagi hati aku ni belum pasti.”
” Dah tu, hati kau tu kan ada kat kau Denia . Kau buka lah hati kau tu, kat orang lain pulak. Ada lagi lelaki baik dalam dunia ni, walaupun tak macam Pak Sulong .” Pujuk Malika terus-menerus.
Selesai makan, mereka berjalan kaki pulang ke bilik.
Semasa hendak melintas jalan, tiba-tiba sebuah motosikal datang dengan laju. Malika sudah lepas ke seberang jalan. Denia masih tertinggal di belakang. Dan, ketika itu, tanpa sempat Malika menarik tangan Adenia , motosikal itu hanya melanggarnya dengan jarak dekat kerana penunggangnya sempat menekan brek kecemasan.
Adenia sempat mengelak sedikit sahaja . Dia rebah di atas jalan. Namun, otaknya masih mampu menafsirkan apa yang berlaku. Lutut dan sikunya berdarah. Mujur dia memakai baju lengan panjang dan seluar slack longgar menutup luka tersebut. Motosikal itu berhenti. Beberapa orang pelajar lain juga berkerumun ke situ.
“Bangun Denia , kau macam mana?” Malika mula risau.
Darah merah membasahi bahagian lutut, bahagian siku, dan tangan gadis itu. Denia bangun dipapah oleh Malika dan seorang pelajar perempuan. Mereka berhadapan dengan penunggang motosikal yang memakai topi keledar ‘full face’ hitam. Topi keledar tidak dibuka. Malika dan Adenia tidak nampak wajah lelaki tersebut. Pelajar itu melihat Adenia yang menahan kesakitan. Hati lelakinya tiba-tiba meruntun. Dia seakan-akan kenal gadis itu . Namun, dia tidak tahu siapa gadis itu . Adenia cuba bangun dibantu oleh Malika dan dua orang pelajar yang ada di situ. Tiba-tiba badannya terasa ringan , dia tidak sedarkan diri . Malika mengucap panjang. Lelaki yang menunggang motosikal itu berlalu tanpa rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience