BAB 9

Drama Completed 473

” Sanggup awak tipu kami?” Malika mula naik marah.
” Sabar Malika . Dia pasti ada sebab buat macam tu.”
” Dia tipu kita Denia . Dia malu kan kau depan Luqman Affendi. Dia malukan kita depan Farid dan Zikri.Kita percaya dia bulat-bulat.” Malika marah lagi.
Alia menangis di satu sudut. Selepas dia diugut untuk dibawa berjumpa doktor dan berjumpa pihak atasan universiti, gadis itu mengakui dia berbohong.
” Saya dan Luqman Affendi bercinta setahun lepas. Kami berpisah selepas saya tidak tahan dengan sikap Fendi yang selalu cari masalah luar.Bergaduh, samseng, masalah disiplin. Saya curang dengan dia. Saya menduakan dia. Bila dia tahu, dia minta putus. Masa tu, baru saya sedar, hanya dia yang faham jiwa saya. Tapi dah terlambat. Dia terluka dan dia tidak dapat terima saya, walaupun dia dah maafkan saya.”
Alia memberitahu cerita sebenar.
” Lepas saya nampak Denia kat kafe dulu, saya sangka Denia ni, kekasih baru dia. Tapi ternyata saya silap. Dia tak ada pengganti saya pun. Saya cuba nak masuk balik dalam hidup dia. Tapi, dia buat pengakuan yang mengejutkan. Katanya dia jatuh cinta dengan awak Denia . Saya pasti, dia tak pernah bersikap demikian. Dia benar-benar mencintai awak. Walaupun dia dan awak baru kenal.” Alia menarik nafas. Menyapu air mata yang tersisa.
” Apa??” Denia terkejut. Malika juga sama-sama terkejut.
” Jadi, awak reka cerita kata awak mengandung? Kerana nak dapatkan Luqman Affendi.” Denia membuat kesimpulan.
” Saya fikir helah ni menjadi sebab Fendi pelajar bermasalah disiplin dan ada rekod buruk , jadi orang senang percaya. Tapi, saya silap. Sejahat-jahat dia, masih ada kebaikan dalam dirinya.
Adenia dan Malika pula menarik nafas. Denia sedar dia silap buat percaturan. Menghukum Luqman Affendi tanpa bukti. Dia harus memohon kemaafan lelaki itu.
” Maafkan saya, susahkan semua orang , saya tahu, Luqman Affendi bukan tercipta untuk saya.” Serentak dia merenung ke wajah Adenia . Berhenti di situ. Adenia diam tak berkesudahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience