BAB 3

Drama Completed 473

Doktor Klinik USM memberikan cuti sakit untuk Laila Adenia . Malika juga terpaksa cuti menemani sahabat baiknya itu. Selepas sedarkan diri semalam, gadis itu tidak banyak berbicara . Mungkin sehari dua lagi, gadis itu boleh ke kelas seperti biasa.
” Kau dah bangun? Aku bawa nasi ni.” Malika mula mengatur bicara.
“Siapa dia Malika ? Siapa yang langgar aku dulu ?”
” Jangan fikir sangat lah. Dia tu, mamat motor yang membahayakan keselamatan orang lain tau. Aku dengar-dengar , ada pelajar buat ’report’ . Dia kena panggil dengan Unit Hal Ehwal Pelajar. ” Kata Malika merujuk kepada dia yang mereka sedang perkatakan.
” Makan dulu Denia . Kau sakit nanti susah aku beb! Dah masuk dua hari aku ponteng kuliah ni.”
” Thanks Malika . Kalau kau tak der , aku tak tahu lah.”
” No hal lah beb! Aku kawan kau sampai bila-bila.Susah dan senang .Orait. Tapi, makan dulu tau.” Malika berceloteh.
Adenia mampu tersenyum dan mula menjamah makanan. Hari beransur malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience