BAB 9

Romance Completed 807

Di tengah lautan manusia Mischa terkinja-kinja mencari Rafael Mana pulak mamat ni pergi… Dah hampir sejam dia mencari suaminya itu. Tapi tak jumpa-jumpa jugak. Kena culik alien ke apa.


Tiba-tiba Mischa teringat sesuatu.

Handphone…
Haah... handphone…


Laju dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan. Nombor Rafael didail. Sabar dia menunggu talian diangkat. Beep!


“Assalamualaikum! Hello, awak ka...”


The number you have dialed, is not answering. Please try again later.


Sabar Mischa … Sabar…


Nombor Rafael didail lagi. Juga tak diangkat. Kali ketiga, juga tak diangkat. Kali keempat, juga. Kelima, juga. Keenam pun juga. Dan kali ketujuh, juga tak diangkat. Dada Mischa berombak. Menguji kesabaran betul mamat ni.


Macam mana ni…


Mentol tiba-tiba bernyala atas kepala Mischa .


Aha! Buat announcement… Dan mentol itu terus pecah…


Takkan nak cakap mamat berumur 26 tahun sesat kut? Takkan nak buat announcement ;


Perhatian kepada sesiapa yang terlihat kelibat lelaki berumur 26 tahun memakai kemeja putih, sila heret lelaki tersebut ke kaunter pertanyaan kerana isteri beliau sedang menunggu. Sekian terima kasih.


Buat orang gelak je. Kepala Mischa terus berfikir…


Dan akhirnya dia terus ke parking lot menunggu Rafael di kereta.


10 minit…


20 minit…


40 minit…


Mischa sabar menunggu.


Sejam...


Sejam setengah...


2 jam...


Dan Mischa hilang sabar.


2 jam setengah…


Terus menunggu…


Dan akhirnya Rafael muncul juga.


"Eh, awak? Kenapa tak call inform awak tunggu kat kereta?” Rafael buat muka tak berdosa. Di tangannya sebuah beg plastik berisi entah apa.


Mischa a diam.


“Dah lama tunggu?” Rafael membuka pintu kereta. “Masuklah.” Sungguh, muka tak berdosa. Mischa hanya diam, menahan amarahnya.


Enjin dihidupkan. Dan kereta Preve putih laju meluncur meninggalkan bangunan E-curve.


“Kenapa tak call tadi?” Rafael menumpukan perhatian ke hadapan.


"Awak nak saya kira ke berapa ratus kali saya call? Ada awak angkat?” Dingin suara Mischa .


Rafael memegang saku kanannya. Eh? “Sorry, saya tertinggal kat rumah.” Masih buat muka selamba. “Awak marah ke?” Perlahan suaranya bertanya.


Mischa tak menoleh ke arah Rafael “Tak ada lah. Mana ada saya marah. Best sangat duduk kat parking lot selama hampir 3 jam.” Pedas gila ayat Mischa . "Apa yang awak beli sampai nak dekat 3 jam?”


“Kemeja je.”


“Kemeja?” Je...?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience