BAB 1

Romance Completed 807

"Mischa ."

Mischa menoleh. Ibu... “Ya, bu. Ada apa?”

Buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ karya Ustazah Fatimah Syarha yang entah muka surat keberapa yang dibacanya ditanda dan diletak di atas meja dihadapannya.

Puan Hayatie tersenyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Mischa . Mischa memusingkan badan menghadap ibunya.

“Ada apa, bu?”


“Ibu nak cakap sikit.” Anak mata Mischa direnung sedalam-dalamnya. Suci... "Tapi Mischa jangan marah ibu, ya?” Tangan kanannya dibawa ke ubun-ubun Mischa . Ya Allah, moga ini yang terbaik buat anakku.


Mischa buat muka pelik. Ibu ni... “Kenapa pula Mischa nak marah ibu?” Tangan Puan Hayatie yang lembut mengusap ubun-ubunnya ditarik perlahan lalu dicium. “Mischa kan sayang ibu. Ibu kan the apple of my eyes, takkan Mischa nak marah ibu.” Mischa sengih.


Puan Hayatie tersenyum lega.


Kening Mischa berkerut. “Apa yang ibu nak cakap? Serius aje bunyinya, bu.” Mischa ada buat salah ke? Hati tertanya-tanya sendiri.


Puan Hayatie menarik nafas. Sedalam-dalamnya. “Mischa , ibu nak tanya. Mischa dah ada calon ke?” Lembut tutur katanya.


Mischa terdiam. Soalan maut beb...


Wajah ibunya ditatap. Mencari sebab, kenapa ibu tanya soalan macam ni? Mischa belum mampu manjawab.


Sekali lagi Puan Hayatie menarik nafas. “Ibu ada seorang kawan. Dia nak lamar Mischa jadi menantunya. Melamar Mischa bagi pihak anak lelaki tunggalnya.” Perlahan dan lembut suara Puan Hayatie . “Mischa setuju?”


Mischa jelas mempamerkan riak terkejut. Tak percaya.


Masuk kali ni dah berapa risikan dah yang Mischa tolak. Bukan tak suka, tapi hati dia tak tenang. Istikharah dah, berdoa pun dah. Tapi masih belum ada tanda-tanda bahawa yang melamar adalah baik untuknya. Ya Allah. Adakah kali ini juga sama dengan jawapan yang Kau berikan kepadaku seperti sebelum ini?


Sebelum ni Mischa hanya mampu memberikan alasan ‘tak bersedia’ aje. Dia tak nak membina rumah tangga atas dasar lain selain dasar keyakinan pada petunjuk Allah SWT. Memang la sebelum ni dia decide nak buat solat istikharah. Tapi tak ada apa-apa petunjuk untuk terima dia. Apa nak buat? Soal nikah kahwin ni mana boleh nak buat main macam game. Kalau salah jawab ada icon ‘play again’. Tapi soal nikah kahwin? Serius, takde ‘play again’ ataupun reverse. ‘Start a new game’ memang boleh, tapi sure susah nak ‘reset’ data-data ‘game’ yang dah ‘over’ sebelum-sebelumnya. Kalau game dalam komputer memang boleh play again, tapi jangan sesekali samakan game dalam komputer dengan game dalam kehidupan.


“Mischa ?”


Mischa tersentak. Suara ibunya mengembalikan fikirannya ke alam nyata.


"Mischa setuju?” Puan Hayatie bertanya lagi.


“Ibu kenal ke anak lelaki kawan ibu tu?” Ini lamaran ketiga. Mischa tak nak lah ini kali ketiga dia menolak. Nanti ibu jugak yang sedih.


Puan Hayatie tersenyum lega. Petanda baik...

"Kenal. Baik budaknya. Hari tu ibu jumpa dengan dia. Sopan. Baik budi bahasanya, selalu senyum.” Puan Hayatie memuji.


Haishhh, tak padan dengan aku. Dia sopan, aku? Dia baik, aku? Kalau nak cakap baik tu bolehlah. Nak cakap aku ni sopan, takdenya. Getus hati Mischa .


“Ibu, bagi Mischa masa...?"

Nay, seek ((Allah)'s) help with patient perseverance and prayer: It is indeed hard, except to those who bring a lowly spirit,-

Al Baqarah, [2:45]


“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatkanlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redailah aku dengannya."

Amin ya Rabb. Mischa meraup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Telekung dilipat kemas, lalu disimpan di dalam almari semula.


Moga ini yang terbaik. Tubuh yang lemah dibaringkan di atas katil. Siling kosong direnung. Ya Allah... berilah petunjukMu... Dan akhirnya Mischa lena sampai ke subuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience