BAB 3

Romance Completed 807

Eee... Menyampahnya aku dekat mamat ni. Nasib lah kau suami aku. Hishhh… Mulut Mischa dah muncung 2 inci. Dah seminggu berlalu selepas dia diijabkabul dengan suaminya kini, Muhammad Rafael .


Kenapa lah aku kahwin dengan dia. Hati Mischa merungut.


Eh amboi, Mischa . Bukan kau ke yang terima lamaran mak dia dulu ke? Suara dalam kepala menyampuk. Muncung ditarik kembali.


Betul jugak ek? Hari tu sure tak tipu, aku rasa yakin gila dia untuk aku. Tapi lepas kahwin, mak aihh. Boleh sakit mental tinggal serumah dengan dia ni.


Bukan nak cakap apa. Bukan lah nak kata dia ni seksa aku ke, buli aku ke, dera aku ke. Eh, kejap. Part ‘buli’ tu aku dengan bangganya mengiyakan. Mana taknya, aku rasa tiap hari dia buli aku. Dia layan aku macam adik dia je, bukan macam isteri dia. Masak ini la, masak itu lah, buat ini lah, buat itu lah. Ingat aku ni kuli dia ke? Suka hati nak suruh-suruh itu ini. Kan?


Tapi dah memang tanggungjawab kau sebagai isteri dia. Kena masak untuk dia kan, Mischa ? Suara itu menyampuk lagi.


Rasa nak je ketuk kepala sendiri dengan mangkuk dekat tangan ni. Gila aku ni, perang antara hati dan otak. Percaya sangat lah kau dengan cinta selepas kahwin. Padan muka sendiri. Mischa mencebik.


Peristiwa tempoh hari berlayar ke ruang ingatan.

“Awak.”


Mischa menoleh ke belakang. Niat nak buka pintu toilet tergendala. “Awatnya?” Mischa buat muka.


“Bagi lah saya masuk dulu, saya dah lambat ni. Nanti bos marah.” Rafael buat muka kesian.


“Eh eh suka dia je. Habis saya ni macam mana? Saya pun nak pergi kerja jugak. Saya pun takut bos saya marah jugak.” Mischa mencekak pinggang. Wahai suamiku… Tolong la faham...


"Alaaa awak, tolong lah.”


Mischa menjulingkan mata. Lalalala…


“Mischa . Saya masuk dulu, awak tolong lah iron baju saya sekali. Sementara tunggu saya habis mandi. Boleh?” Rafael buat muka comel, penuh harapan.


Mischa buat tak kisah. Lalalala…


"Isteri yang baik adalah isteri yang dengar cakap suami.” Sarkastik. Rafael memancing. Isteriku... Boleh tak tunjuk muka lembut sikit, sayang?


Mischa menghela nafas. Nasib lah.... “Ok, fine!” Dia dah malas nak berdebat. “Mari sini baju.” Gaya bosan habis...

Rafael tersenyum lebar. Yes! Menang… “Thanks Mischa .”


"Whatever.” Suka sangat lah tu buli aku.

“Isteri yang baik adalah isteri yang dengar cakap suami.” Mischa mengajuk kata-kata suaminya tempoh hari, dengan mulut yang sengaja dicebikkan. Menyampah…


“Tu dah kenapa mulut tu? Macam orang cacat aje gayanya.” Mischa tersentak. Hampir pinggan yang dipegangnya terlepas dari pegangan.

“Basuh pinggan pun sempat lagi ya mengutuk dalam hati?”


“Perasan. Siapa yang kutuk awak?”


“Bila saya cakap awak kutuk saya?” Rafael berjalan menuju ke peti ais. “Saya cuma cakap awak mengutuk.” Ais krim Cornetto dikeluarkan lalu dibawa ke atas meja makan.


Mamat ni kan… "Whatever." Mischa meneruskan basuhan. Makin dilayan mamat ni, gila aku jadinya.


“Tak nak mengaku la tu.” Sudu berisi ais krim dibawa ke mulut. “Nak?” Matanya masih melekat pada Mischa yang sedang membasuh pinggan di sinki dapur.


Mischa tidak memberi reaksi.


“Kalau tak nak saya habiskan.”


“Awak!!” Mischa berpaling. “Tinggal tu aje tau.” Mischa buat muka tak puas hati. “Tinggalkan lah sikit.”


Rafael gelak. Isteriku….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience