BAB 14

Romance Completed 807

Blur…. Blur….


Hari Sabtu datang lagi. Apa yang ada hanya kebosanan aje. Mischa duduk bersandar di kepala katil. Otak tak tahu nak buat apa. Semalam Rafael selamat meninggalkan Tanah Melayu. Konon ada projek dekat Paris sana. Dan yang buat dia tergamam apabila Rafael menghulur tangan sebelum check in tadi. Salam tangan...


Bosannya...


Mischa melepaskan keluh. Apa nak buat ni. Bosan tahap gaban dah ni.


Eh kejap.


Badan Mischa tegak.


Kat airport semalam bukan ke Rafael pesan tengok bawah katil?


Tanpa membuang masa, Mischa turun dari katil dan berlutut di tepi katil. Kepala ditundukkan.


Ada kotak.


Kotak berbalut itu ditarik keluar. Kemas berbalut. Dan ada kad dilekat di penutup kotak itu. Mischa melabuhkan punggung di katil semula. Kad berwarna putih itu dibelek.

Mischa , isteriku sayang...

Mischa buat muka pelik. Apa ni? Penutup kotak dibuka. Alangkah terkejutnya dia melihat isi kotak tersebut. Ada sehelai baju, dan… surat.

Surat?

Mischa membelek baju itu. Looks familiar…

Surat yang berlipat kemas pula dibuka.

Assalamualaikum dan salam sayang buat Mischa , isteriku sayang.

Awak suka tak baju tu? Tu saya ganti baju awak yang rosak tu. Maaf lah ya...

Mischa , awak ingat tak awak tanya saya masa kita nak pergi shopping tu. Awak tanya saya, salah ke awak pakai macam tu.

Awak nak tau jawapan saya apa? Saya suka sangat tengok awak pakai macam tu. Tutup aurat. Sopan je. Sweet. Kan Allah dah cakap dalam surah An-Nur ayat 31…


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yg beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yg haram) & memelihara kehormatan mereka & janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir daripadanya ; & hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; & janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka...


An-Nur, [24:31]

Bagi saya, awak terlalu cantik pakai macam tu. Ikut firman Allah. Saya bersyukur sangat dapat isteri macam awak (walaupun saya selalu buli awak, sebenarnya saya sayang awak...)

Mischa ,
Saya minta maaf buat awak tertunggu-tunggu masa kita shopping dulu tu. Sebenarnya saya sengaja tinggalkan telefon saya, dan saya memang sengaja tinggalkan awak, sebab saya tak nak awak tahu saya pergi mana. Awak nak tahu tak saya hilang ke mana selama 3 jam tu?

Sebenarnya, saya bertekad nak ganti balik baju awak yang rosak tu... Satu mall saya tawaf, cari baju yang sama lagi serupa dengan baju yang awak sayang tu. Betul lah kata awak tu, baju tu memang mahal.

Awak tahu tak betapa susahnya saya cari baju awak tu. Cuba awak check, sama tak dengan baju awak yang rosak tu? Harap awak suka baju yang saya beli tu…

Hampir lupa. Awak ingat lagi tak masa saya urut-urut kaki saya tu, awak ada tanya saya tengah fikir apa kan? Awak main tuduh je kata saya lepas ni mesti nak fikir dua kali sebelum teman awak shopping. Tak baik awak kata macam tu. Tapi tak apa, saya maafkan.

Sebenarnya, masa tu saya fikir sangat, macam mana saya nak kuatkan kaki saya ni, supaya saya boleh selalu teman awak shopping...

Mischa ,
Saya tahu awak tertanya-tanya kenapa saya diam aje masa makan ayam masak merah yang awak masak khas untuk saya tu. Sebab tu awak asyik-asyik tengok saya makan kan?

Mischa , awak tahu tak, masakan awak sedap sangat sehingga saya dah tak boleh nak cakap apa dah! Serius, awak masak memang sedap. Thanks a lot ya, sayang? Nanti saya balik awak masak lagi ya.

Mischa ,
Awak ingat tak masa awak call saya sebab kereta awak rosak tu? Awak tahu tak masa tu saya tengah meeting besar dengan klien saya? Tapi saya risau sangat dekat awak, jadi saya cancel projek dengan klien saya. Cancel projek takde hal lah, saya lagi risaukan awak.

Lepas dapat call awak tu, terus saya pergi tempat kerja awak. Saya risau sangat. Sehinggakan habis saya berpeluh walaupun saya dah pasang air-cond kat dalam kereta.

Mischa ,
Awak tahu tak saya dari dulu lagi sayang pada awak. Awak ingat tak anak Mak Cik Ida yang selalu datang rumah awak ikut mak dia tu?

Itu saya lah, tak kenal ke?

(Mungkin saya dah tak comel macam dulu tapi saya dah makin kacak, betul tak?)

Saya suka sangat ikut mak saya pergi rumah awak, saya suka tengok awak yang bertocang dua sambil main anak patung dekat taman rumah awak tu.

Awak tak perasan ke saya selalu tengok awak dulu? Dan saya bersyukur dapat kahwin dengan budak bertocang dua yang suka main anak patung tu.

Mischa ,
Maaf kalau saya tak jadi suami yang baik. Saya belajar, ya? Janji.

Saya sebenarnya segan dengan awak, saya ni kan pemalu sikit orangnya... Saya teringin sangat nak salam dan cium dahi awak tiap hari. Tapi saya malu. Awak pun malu jugak kan?

Tapi saya nekad salam awak dekat airport. (Saya dah rancang dari minggu lepas lagi)

Mischa ,
Sampai sini je lah surat saya ya awak. Awak jangan rindu saya. Biar saya yang rindu awak. Saya pergi seminggu aje.

Mischa , maaf sebab tak bawa awak pergi holiday. Saya sibuk sangat. Takpe, lepas projek saya kat sini siap, kita holiday sama-sama nak? Sekarang ni mungkin saya dah sampai Paris. Mischa ! Saya dekat depan Eiffel Tower ni! Cantiknya... (jangan jealous).

Semoga cinta kita diredhai Allah. Love you so much, isteriku tersayang.


Husband awak yang nakal,
Rafael .


Tanpa sedar air mata mengalir. Surat itu dilipat kembali.


Ya Allah, besar sungguh kurnia yang Engkau berikan kepadaku.


Betul lah kata Ustazah Fatimah Syarha, cinta selepas kahwin amat membahagiakan.


Hati Mischa tak henti memuji kebesaran Ilahi.

Rafael , saya sayang awak! Saya tunggu awak balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience