BAB 5

Romance Completed 807

Perlahan-lahan Rafael memulas tombol pintu rumahnya. Dah tidur ke Mischa ni? Gelap je rumah. Perlahan-lahan langkah dibawa menuju ke tingkat atas. Baru sahaja nak mendaki tangga…


"Awak.”


Jantung Rafael hampir nak melompat ke anak tekak. Mak aihh, terkejut aku dibuatnya. “Apa awak buat malam-malam dalam gelap ni?” Rafael mengurut-urut dadanya. Dia menuju ke arah Mischa yang tengah duduk di sofa berhadapan TV. Aik, apasal monyok semacam je ni? Pasal aku lambat balik ke? Tapi sebelum ni tak pernah pun dia nak ambil kisah. Rafael duduk di sebelah Mischa .


Di sofa, Mischa duduk merenung skrin kosong di hadapannya. Wajahnya serius.

“Kenapa tak bagi tahu baju maroon awak tu luntur?” Dingin suara Mischa . Soalan Rafael dibiar tak berjawab.


"Baju maroon? Yang pagi tadi tu ke?”


Mischa angguk perlahan. Matanya masih merenung skrin televisyen.


“Alaaa, sorry lah. Saya lupa nak bagi tahu.” Rafael menyandarkan kepalanya di kepala sofa. “Kenapa?”


Mischa menjeling tajam Rafael di sebelahnya. “Awak tahu tak baju kesayangan saya dah hancur? Disebabkan baju awak yang luntur tu?” Mischa cuba mengawal amarahnya. Dah lah baju tu mahal, ingat orang beli guna daun ke?


Rafael buat muka selamba. “Alaa, baju je pun. Nanti esok esok boleh beli yang lain kan?”


“Awak ni memang lah. Tahu tak saya sayang sangat kat baju tu? Dah lah baju tu mahal. Senang-senang je awak cakap beli lain?” Betul lah Rafael ni nak buat Mischa jadi sakit mental. Tak berperasaan langsung. “Awak? Dengar tak ni?”


Mischa menoleh. Ya Rabbi, tidur pulak dia. Aku tengah tak puas hati ni. Boleh dia tidur? Ey, memanglah. Kalau bukan kau suami aku, memang kau masuk wad ICU lah ni.


Dan siapa tahu Rafael hanya berpura-pura tidur?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience