BAB 10

Romance Completed 807

Tahukah anda, Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yg terbaik & sumber segala kesenangan & kasih sayang.

CINTA SELEPAS KAHWIN

Bagaimana tu? Sebagaimana yg dinyatakan di dalam Al-Quran ayat 21 surah Ar-Rum ;

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yg demikian ada tanda-tanda bagi orang yg menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yg diredai & dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yg agung untuk bercinta melalui ikatan yg sah & diiktiraf oleh agama & juga anggota masyarakat.

Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak & tanggungjawab kepada yg dicintai dengan penuh kecintaan & kasih sayang.

Hmm...


Mischa mengangguk-angguk sendiri di hadapan komputer riba. Bagus sangat la ‘cinta selepas kahwin’ aku ni. Heh. Sampai bila nak hidup macam ni, Mischa ? Tipu lah kalau dia cakap dia tak nak hidup bahagia macam wanita lain.


Setiap pagi bersalaman dengan suami.


Makan semeja dengan suami sambil berborak.


Malam pulak borak-borak dengan suami. Bergelak ketawa dengan suami. Tengok bulan bersama suami. Semuanya lah bersama suami. Mischa berangan. Indahnya perkahwinan. Mischa tersenyum sendiri.


Dan senyuman terus hilang. Suami aku Rafael seorang yang takde perasaan. Tak romantik dan tak penyayang. Juga tak pernah faham hati dan perasaan aku. Nasib kau lah Mischa ...


Mischa menongkat dagu dengan siku diletakkan di paha. Artikel ‘Cinta Selepas Kahwin’ yang terpampang di skrin dipandang kosong. Hari Sabtu ni je aku boleh rehat sikit. Aku pun tak tahu hantu mana yang sampuk aku petang-petang hari Sabtu ni, buang tabiat search benda ni dekat Google. Suami aku lepas Zuhur terus je keluar rumah, pergi main futsal katanya. Kejap lagi dia balik lah tu. Dan, apa aku nak buat ni?


Masak.


Masak makanan yang dia suka?


Mischa geleng sambil tersengih sendiri.


Gila.


Nak dekat sebulan aku kahwin dengan dia, mana pernah aku tanya dia nak makan apa. Aku main masak je mana-mana makanan yang aku tahu. Ni nak masak makanan yang dia suka pulak? Sah, memang idea pelik kuasa sejuta lah ni.


Pintu bilik dibuka. Rafael masuk dengan baju yang basah berpeluh. Rambut pun basah jugak. Pintu almari dibuka. Mischa mengangkat muka daripada skrin komputer riba.


"Cepatnya balik.” Cepat-cepat Mischa menutup komputer ribanya.


Rafael menoleh. Huh?


"Tak suka saya balik ke?” Tuala berlipat ditarik keluar. Rambut dan muka yang basah melekit dilap.


“Takde la. Tanya je. Touching pulak.” Sejak bila suami aku pandai touching ni?


Rafael memusing badan membelakangi Mischa . Cermin di hadapan direnung sambil tangan ligat mengeringkan rambut.

“Ingatkan awak dah tak sayang saya, tak suka saya kat dalam rumah ni.”


Mischa terdiam.


"Awak, malam ni boleh tak tolong masak ayam masak merah?” Rafael berpusing kebelakang. “Saya teringin nak makan ayam masak merah.”


Rahang Mischa jatuh sedikit. Kepala diteleng ke kiri. Aku tak salah dengar kan?


Rafael geleng. Isteriku… "Awak, dengar tak?” Suara Rafael naik sedikit. “Malam ni tolong masak ayam masak meraj. Boleh?”


"Bo...leh.”


Mischa pejam celikkan mata.


Ayam masak merah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience