BAB 9

Family Completed 13603

Selepas itu tidak kedengaran lagi perbualan dua beranak itu. Masing-masing membatukan diri. Sesekali kedengaran keluhan kecil keluar dari bibir tuanya. Yazid memandang ayahnya.

” Zid. Bapa tak halang kalau kau nak khawin. Bapa juga tak halang kalau kau nak bawa budak tu kat sini. Bukan bapa tak setuju kalau kau nak baiki rumah ni. Memang itu hajat bapa. Kau nak beli perabot baru bapa tak kisah. Tapi bapa rasa kalau kau nak ubah semua kat sini pun kerana nak jaga hati dia baik tak payah.” Kata pak Kassim kemudian. Yazid hanya membisu mendengar penjelasan lanjut darinya.

‘ kita tak payah nak jadi orang lain. Kita tak payah ikut cakap orang. Kalau kau nak bawa Shamsinar tu jumpa bapa dia mesti bersedia menerima keadaan ini. Suasana orang kampung. Kita orang kampung Zid. Bukan orang kota. Walauapapun kau nak lakukan kat kampung ni ia tetap tak berubah.” Terangnya lagi. Entah dari mana dia dapat kekuatan untuk menyatakannya. Dia sudah mula kesal dengan sikap anaknya. Dia mula sedar dengan perubahan yazid.

‘ jadi..’

” jadi..bapa tak kisah kau nak bawa dia atau tidak. Cukup.’ Dia juga tidak tahu dari mana dia dapat ketegasan seperti itu.

‘ bapa ni kolot betullah. Tak nak buat perubahan langsung. Macam mana nak maju. Tak jadilah aku nak bawa calon menantu lagi bapa tu kat sini.’ Yazid berkata dalam hatinya. Pak Kassim sudah tiada lagi.

Pagi-pagi lagi Yazid sudah mengemas begnya. Dia juga sudah siap berpakaian kemas. Zaharah dan pak Kassim menjadi hairan.

” kau nak ke mana Zid/”

‘ balik pak.’

” hah..” pak Kassim terkejut sakan. Baru kelmarin dia pulang takkanlah dia balik awal. Zaharah hanya memandang abangnya yang sedang bersarapan.

‘ awal sangat nak balik.’ Kata Pak Kassim berbasi-basi. Kepulangan anaknya sekarang amat berlainan daripada dahulu. Kejutan demi kejutan dibawa oleh Yazid. Belajar cara hidup kotalah. Kemudian mahu beli barang untuk Shamsinar, calon menantunya kalau dapat. Hari ni nak balik padahal baru dua hari. Itupun yang sehari tu tak penuh.

” merajuk ke dia ni.’ Suara hatinya berkata. Nasi goreng yang dimakannya teras sukar untuk sampai di kerongkong.

” lain kalilah pak. Sebenarnya Yazid ada kerja nak buat. Yazid ambil cuti ni pun dalam keadaan terpaksa.’

Sekali lagi dia terasa kerongkongnya tersendat. Cepat-cepat tangannya mengambil gelas berisi air kemudian meminumnya. Dia tidak mahu anaknya menyedari kepayahannya. Selera makannya hilang. Kenapa Yazid sanggup buat begitu. Dia tidak pernah meminta anak lelakinya itu pulang menemuinya. Malah Yazid sendiri yang menyatakan dia akan pulang ke kampung.

” kenapa abang ambil cuti dengan terpaksa. Bukannya kami mahu.’ Zaharah amat marah dengan sikap abangnya. Dia merasakan mereka berdua telah dipermainkan.

” atau abang malu tinggal lebih lama kat sini.” Zaharah membidas abangnya lagi. Sakit hati melihat abangnya.

” sudahlah. Kan abang dah terangkan tadi.”

” Zah tahu abang marah dengan bapa atau abang tak dapat lupakan kak Shamsinar buah hati abang.” Soal Zaharah lagi terus menerus.

” cukup… tak payah bergaduh. Zid kalau kau nak balik. Baliklah. Bapa dah batalkan semua rancangan tu.” Pak Kassim bersuara lantang menghentikan pertengkaran anak-anaknya. Yazid dan Zaharah merenungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience