BAB 10

Family Completed 13603

Sejak kepergian Yazid pagi itu pak Kassim sering termenung. Bangku panjang di bawah pokok mempelam yang sudah lama tidak dijejaki semenjak kepulangan Yazid kini dijadikan penginapan keduanya. Matanya merenung jauh di puncak bukit Merak.

” abang dah balik.”

” dua hari je.’

” apa.’

” bapa kecil hati.’

” perempuan kota tu Shamsinar.”

” ya..Insya Allah…Zah tak akan lupa.”

” Waalaikum salam.” Zaharah meletakkan telefon. Zaharah mendapatkan ayahnya.

” pak.” Tiada jawapan.

” pak.” Pak Kassim tidak menjawabnya. Dia teringatkan Rahimah. Kalaulah Rahimah ada tentu dia tidak keseorangan. Kemudian dia teringatkan anak-anaknya.

” pak.”

Dia teringatkan Yazid. Anak kesayangannya. Yazid sudah berubah. Kampung sudah bukan baginya. Hati anaknya itu sudah dibawa bersama arus kota. Yazid bukan lagi manusia kampungan. Cara hidupnya sudah sebati dengan cara hidup orang kota. Dia tidak pernah tahu cara hidup orang kota. Bila Yazid anaknya itu pulang baru dia mengetahuinya. Cara makan mesti lengkap kedua-dua tangan dengan sudu dan garpu. Benarkah begitu. Kalau mandi, mandi dengan air suam. Cuma di kampung ini masak air panas dulu kemudian tuang dalam besen. Campur air sejuk. Kalau pasal perabot rumah. Tiap tahun harus berganti. Sebelum ini dia hanya tahu serba sedikit pasal manusia kota.

” pak. Masuk Pak. Hujan dah nak turun tu.”

Dia cuba membayangkan wajah calon menantunya, Shamsinar. Wajah cantik, bertubuh langsing., bajunya berjenama mahal. Sendat. Tak bertudung menampakkan rambut yang hitam mengurai. Dia juga terbayangkan cara berjalan. Kemudian cara bercakap. Lembut kemudian kasar.

” angin kuat ni pak. Nanti bapa sakit.’

Kemudian dia juga membayangkan keadaan Shamsinar bila Yazid membawanya ke kampung ini. Sumbang, kekok dan macam-macam lagi. Dia memejamkan matanya lama-lama. Cuba menyenangkan perasaan dan fikirannya.

Sekarang dia tidak mahu memikirkan tentang Yazid dan Shamsinar. Kerinduannya kepada Yazid sudah hilang. Kebanggaannya terhadap Tazid sudah luput dalam dirinya. Baginya Yazid sama seperti anak-anaknya yang lain. Dia bingkas bangun.

” pak.”

” jangan bimbang. Bapa tak kisah ada Yazid tak ada sama saja.” Katanya memutuskan kegusaran Zaharah. Dia melangkah masuk ke dalam.

Zaharah hanya memerhatikan pak Kassim dengan hairan. Ayahnya bila-bila sahaja boleh tersenyum meriah padahal tadi wajah ayahnya agak murung.

” pelik..mesti beritahu kakak ni…” bisiknya pelahan. Zaharah melangkah masuk ke dalam mengikut ayahnya yang lebih dulu daripadanya.

Begitulah kisahnya. Sejak kejadian itu Pak Kassim sudah tidak memikirkan Yazid lagi, anaknya yang disayangi melebihi kasih sayang terhadap anaknya yang lain.

Begitukah kehidupan Kota? Aku hairan kenapa orang begitu mengaggungkan orang kota. Adakah namanya sahaja yang begitu agung lalu orang kampung memandang tinggi dengannya. Kenapa orang memandang rendah pada orang kampung seperti aku. Walhal semua kelukaan dan kedukaan datang dari kota. Lihat sahaja di mana-mana media massa. Kes jenayah dari kecil sehingga yang besar semuanya datang dari kota yang katanya syurga kepada dunia. Ah, sebenarnya kota bukannya syurga tapi neraka dunia.

Cuba fikir di manakah letaknya penjara, makhamah? Kalau bukan di kota. Semua kemudahan itu tidak diperlukan di desa. Dalam erti kata yang sebenar kampunglah syurga di dunia. Tapi orang lain buta hati. Tidak tahu menilai intan dengan permata. Kampung hanya dijadikan penginapan yang terakhir. Begitu hina sangatkah yang dikatakan kampung. Namun yang pasti orang kota tetap akan menjadi orang kampung suatu hari nanti hatta cuma satu malam. Percayalah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience