BAB 7

Family Completed 13603

Pak Kassim memandang jauh orang kampung yang pulang selepas kenduri sebentar tadi. Yazid yang sudah naik masuk ke dalam setelah melayan tetamu yang pulang. Zaharah pula ke dapur mengemas barang. Dia berasa lega kerana kenduri yang dijalankan berjalan lancar.

” masuklah tidur Yazid. Bapa tengok kau penat saja.” Katanya bila melihat Yazid terbaring lesu di kusyen. Dia berasa kasihan melihat anak kesayangannya itu. Yazid tidak menjawab terus masuk ke bilik. Pelahan.- lahan dia berasa terkilan dengan anaknya. Dia teringatkan Yazid ketika makan tadi agak canggung menggunakan tangan. Masa makan tengah hari tadi Yazid makan dengan sudu. Katanya dah biasa walhal dulu anaknya itu membesar dengan tangan kanan. Tetapi dia tidak ambil kisah tentangnya. Walauapapun perbuatan Yazid, Yazid tetap anak lelaki yang diasayangi dan dirinduinya.

” pak. Abang dah berubah Zah rasa. Bapa perasaan tak.” kata Zaharah kepadanya.

” berubah macam mana pula.” Dia pura-pura tidak tahu.

” abang dah tak pakai tangan masa makan. Lepas tu masa mandi pun Zah nampak abang tak pakai telaga. Abang mandi dengan air paip tu campur dengan air panas.’

“emm itu saja. Itu bukan berubah namanya Zah. Biarkanlah dia. Kan di kota tu dah biasa agaknya. Makan pakai sudu. Mandi …abang kau tu kesejukan. Inikan kampung bukan KL. Selagi tak tinggal tikar sembahyang abang kau tu tetap seperti dulu.’ Pak Kassim tetap mempertahankan Yazid.

” hah. Tak usahlah difikirkan sangat pasal tu. Dah siap kemas pergilah tidur.’ Sambungnya lagi.

” bapak.”

” bapa belum mengantuk.”

” suka hati bapalah..Assalamualaikum.’

” Waalaikum salam.”

” bukan macam itu, hah macam ni. Satu pakai sudu. Tangan ni pakai garpu. Kalau nak potong daging. Letak ni, potong pakai pisau. Yang ni jangan dilepaskan. Hah begini…nampak tak.

” bapa tak tahu nak potong daging ni.

‘ belajar pak…Zah dah tahu kan. Tunjuk bapa.”

” yang ni nak buat apa pula.”

” napkin pak. Nak lindungi pakaian daripada kotor masa makan.’ Pak Kassim mengangguk.

” kau nak buat apa tunjuk kami berdua ni Yazid.’

” Yazid nak bawa Shamsinar balik sini pak. Jadi sebelum tu Yazid nak ajar bapa dan Zah cara ni. Taklah kekok sangat masa dia datang. Shamsinar tu orang KL pak. Tak biasa duduk kampung. Kalau makan mesti pakai sudu.” Terang Yazid panjang lebar.

” kalau macam tu bapa kena tambahkan sudu dan pisau dalam rumah ni ye bang.” Zaharah berkata tiba-tiba. Menyindir sikap abangnya. Pak Kassim tidak perasaan. Yazid tidak mempedulikan ataupun berpura-pura tidak faham sindirannya.

‘ ya, begitulah agaknya.” Kata Yazid.

” lepas ni nak belajar apa pula bang?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience