BAB 2

Family Completed 13603

Pak Kasim terlalu merindui anak lelaki tunggalnya. Walaubagaimanapun, pak Kassim tetap bangga dengan sikap Yazid. Walaupun sudah bergelar anak kota Yazid tetap tidak melupakan asal usulnya. Sikapnya tetap seperti dulu iaitu sebelum menjadi orang Bandar. Alangkah bangga hatinya punya anak satria seperti Yazid. Senyumannya meleret-leret apabila teringatkan kenangan itu. Segala-galanya adalah untuk anak-anaknya.

Dia masih teringat dulu ketika Yazid pulang pertama kali setelah bertahun di rantau orang. Pakaiannya mengikut fesyen pemuda sekarang. Malah dia hampir tidak mengenali ketika anaknya itu menyalami tangannya. Kepulangan Yazid anaknya itu bukanlah disambut meriah dari orang kampung kerana anaknya itu mungkin sudah menjadi pemuda yang ke seratus berhijrah ke kota. Cukuplah mereka dua beranak yang memeriahkan kepulangannya.

” Bapak.’

Yazid anaknya itu dijamu dengan makanan kampung. Dimakan. Senyuman Pak Kassim tambah melebar.

” bapak.”

” ya. Kenapa.’

Sekarang Yazid sudah jarang menjengguknya semenjak menjawat jawatan besar itu.

” ada surat pak.’

Mungkin anaknya itu sibuk berkerja. Yazid kata pengurusnya seorang wanita.

” dari siapa.”

” abang Yazid pak.”

Kata Yazid nama wanita pengurusnya puan Zubaidah. Sudah bersuami, punya anak tiga orang. Suaminya berkerja di bidang lain.

‘ dah dibaca. Apa katanya.’

” abang Yazid kirim salam sama bapak.’

” waalaikum salam.”

Pengurus Yazid itu memang baik orangnya. Yazid sungguh beruntung, dia terhutang budi dengan wanita itu kerana menggambil anaknya sebagai pekerja.

” abang nak balik hujung minggu depan pak.’

” lagi apa katanya.” Ditenungnya muka jernih persis arwah Rahimah di sebelahnya kini.

” itu saja pak.’

” emm. Hari berapa Yazid tu nak balik.” Soalnya lagi. Zaharah menggelengkan kepala menandakan tidak tahu. Pak Kassim terdiam.

” Yazid..Yazid. kau balik nak. Bapa rindu dengan kau nak…” bisik pak Kassim sendirian. Hatinya lega mendengar kata-kata Zaharah tadi. Bibir tuanya tersenyum mesra. Kopi di tangan diteguknya walaupun sudah tidak berasap. Dalam hati dia sudah mengira-ngira kedatangan anaknya bila balik nanti.

” Zaharah…” panggilnya kepada Zaharah. Zaharah yang berada di bilik tersembul kelur.

” ada apa pak.’

” bila Yazid balik?’ Soalnya untuk mendapatkan kepastian. Zaharah mengulangi jawapannya tadi. Melihat ayahnya sudah tidak bertanya lagi dia masuk semula ke bilik.

” Yazid mungkin balik dengan perempuan.” Fakir Pak Kasim. Entah kenapa dia tiba-tiba terfikirkan perkara itu. Seorang perempuan kota. Mungkin anak pengurusnya. Bukankah Yazid pernak menyatakan anak puan Zubaidah kesemuanya perempuan. Sofiah, Hasnah dan Shamsinar. Siapa di antara mereka yang menjadi pendamping anaknya nanti. Sofia! Dia tidak pernah mendengar anaknya itu menyebut tentang gadis itu. Hasnah. Juga tidak pernah. Mungkin Shamsinar. Yazid selalu menyebut kisah gadis itu kepada adiknya dan Zaharah akan memberitahu perkara itu kepadanya. Ah, kalau dia…

Pak kassim melihat sekeliling. Satu-satu sudut rumah diperhatikan. Kalau-kalau ada dinding yang berlubang atau rosak akan dibaikinya. Sudut yang bersarang akan disuruhnya Zaharah membersihkanya walaupun dia sudah maklum Zaharah tiap hari mengemas rumah. Pak Kassim mendongak ke atas siling. Beratapkan zink. Kalau-kalau ada zink yang bocor.

Kalau ada dia akan membeli penampalnya esok. Setelah pasti tidak ada matanya beralih kearah perabot-perabot yang dibelinya dahulu. Dia sayang dengan perabot-perabot yang dibelinya dulu. Almari, meja, serta kerusi rotan sudah lusuh benar. Ah, benda-benda ni tak payah diganti kerana masih boleh digunakan. Sayang. Katanya sendirian. Kemudian dia pergi ke luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience