BAB 5

Family Completed 13603

Dulu dia juga bersekolah jadi tahulah dia sedikit tentang pelajaran ni. Dia tidak mahu memikirkan pasal itu.

‘ itu haknya. Aku pun senang anak aku begitu. Tak macam anak orang lain. Merayau-rayau ke sini sana. Tak tentu pasal.” Bisiknya dalam hati. Gembira dengan sikap anak bongsunya itu.

Jam di tangan sudah menunjukkan sembilan pagi. Pak Kassim tetap setia di kerusi malasnya. Telinganya menangkap bunyi kereta di halaman rumah. Dia bingkas bangun.

‘ Yazid dah balik.’ Katanya.setelah memerhatikan pakaian batiknya dia berjalan ke muka pintu. Sebuah kereta Mercedes berwarna merah saga berhenti di laman rumah. Dia melangkah ke beranda. Kecerian jelas terpancar di wajahnya. Zaharah juga sudah keluar menyusulnya.

Pintu kereta terbuka kemudian tidak lama Yazid keluar dari dalam. Dia melihat Yazid semakin berubah. Yazid memakai baju T sendat dengan seluar jeans biru. Anaknya itu kelihatan segak bergaya. Rambutnya yang hitam disikat dengan kemas. Yazid juga sudah pandai menyimpan kumis nipis. Yazid melangkah ke arahnya. Zaharah juga mungkin perasaan perubahan abangnya.

” Assalamualaikum pak..’

‘ Waalaikum salam. Kau dah balik nak.” Katanya sambil menuruni tangga. Yazid menyalami dan mencium tanganya. Mereka berpelukan. Seketika kemudian Zaharah datang menyusul dan menyambut tangan abangnya.

Pak Kassim memandang kea rah kereta. Yazid yang menyedari gelagat pak Kassim menjadi hairan. Zaharah memberitahu abangnya. Yazid yang mendengar penerangan Zaharah ketawa besar. Pak Kassim terkejut mendengar. Selama ini Yazid tidak pernah ketawa seperti hilang akal lakunya. Zaharah juga terkejut dengan sikap abangnya.

” pak. Dari mana pula bapa tahu Yazid bawa awek.’ Tanya Yazid masih dengan tawanya yang belum reda Cuma tidak kuat. Pak Kassim mengaru kepalanya.

” bapa Cuma agak saja. Siapa tahu hari ni kau bawa budak perempuan tu. Ehh..siapa namanya. Shamsinar ke.’ Jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience