BAB 4

Family Completed 13603

Tup-tup hari ni pula pakai baju batik bercorak elegan. Fikirnya ayahnya itu nak ke pekan. Dibiarkan saja tapi Pak Kasim tidak berganjak dari cermin. Siap dengan gelegatnya. Kepala yang sedikit beruban disapu dengan minyak jelly. Entah bila ayah membelinya. Kemudian ayah mencapai sisir lalu menyikatnya. Ditunggunya lagi ayah tidak keluar. Sudah setengah jam ayah menghias diri. Hendak dikatakan nyanyuk ayah belum mencapai tahap itu. Ayah baru enam puluh tahun. Gila, ishh… ayah masih waras. Cakapnya masih betul. Masih kenal dirinya. Jalannya tak seperti orang gila. Cuma perangainya yang pelik seminggu ini menghairankan dirinya. Mungkin bapa jadi begitu bila mendengar abang Yazid balik. Zaharah pasti sebab ayah berubah bila nama abangnya disebut. Namun keyakinan dan kepastian masuk bercampur dengan keraguan. Zaharah terfikir perkara yang…

” Nauzubillah, mudah-mudahan bapaku tak begitu.’ bisiknya.

Pagi itu dia tidak buat apa-apa. Sejak seminggu lalu dia sudah kerjakan tugasnya. Sekarang dia ingin menunggu kepulangan anaknya. Dia tahu Zaharah pasti hairan melihatnya kerana sejak akhir-akhir ini pun gadis perawannya itu kerap benar memerhatikan gerak-geriknya. Biarkanlah. Tadi pun anaknya itu bercakap di telefon.

” Zah tak tahulah kak…” diam sekejap.

” ya, entah..memang pelik.” Kata Zaharah di telefon. Suasana sepi. Dia terus mendengar perbualan anaknya.

‘ kadang-kadang bapa tu ..’ dia tidak lagi mendengar suara Zaharah selanjutnya.

‘ ish, taklah. Zah pasti bapa tak nyanyuk. Ya..Zah pun fikir begitu.’

” ya..bapa pakai baju hadiah abang.”

” Duduk kat bawah pokok mempelam tu hah…tak tau.”

‘ tengah tunggu abang mungkin. Zah pun hairan dengan sikap bapa.”

” Zah tak tau… bapa kata abang bawa perempuan kota..’

‘ ha. Ya..ya.”

” waalaikumsalam.”

Dia tidak mendengar apa-apa selepas itu. Dia tidak terkilan jika anak-anaknya menyatakannya nyanyuk. Yang penting fikirnya anak lelaki tunggalnya Yazid. Dia yakin Yazid akan pulang menemuinya hari ini.

” mungkin dia dalam perjalanan.” Fikirnya. Kadang kala dia tersenyum melihat Zaharah mengintip gerak – gerinya. Terhendap-hendap di bilik. Betul-betul macam mata-mata gelap. Kadang kala dia juga ingin sekali menunjukkan kebijaksanaanya seperti pak Belalang lalu dia pun sengaja tak perasaan walaupun matanya dapat melihat.

” bapak…bapak.” Panggil Zaharah dari dalam apabila mendengar suara ketawanya. Mungkin Zaharah fikirkan dirinya. Zaharah mendekatinya yang sedang duduk di bangku.

” pak. Bapa tunggu abang Yazid ya.” Tanya zaharah sambi8l duduk di sebelahnya.

” ya.” Pendek jawapannya.

” pak. Tak payalah tunggu abang kat sini. Tunggu kat dalam tu..”

” bapak nak sambut abang kau tu.”

” matahari dah nak panas tu. Petang sajalah bapa duduk kat sini lagi.”

” tak payah. Kan masih teduh lagi ni.” Jawapnya lagi.

” bapa yakin abang Yazid datang hari ni?” soal Zaharah lagi.

” ya.’

” suka hati bapalah. Kalau ada apa-apa jangan salahkan Zah.’ Ujar Zaharah terkilan dengan sikap ayahnya. Zaharah berjalan masuk ke dalam. Kedengaran bunyi telefon berdering. Seketika kemudian dia terdengar bercakap.

” tengah tunggu abanglah…abang tu sampai hari ni pun tak pernah telefon.

‘ dah tapi tak nak dengar..kesian pula Zah tenggok.

” apa. Ya..ya…waalaikumsalam.” Zaharah meletakkan telefon. Zaharah tak habis-habis bercakap dalam telefon. Entah siapa yang berbual dengannya.

” Zah. Hari ini hari berapa.”

‘ rabu. Bapa nak ke mana. Nak tunggu abang yazid lagi?’

‘ ya. Bapa yakin hari ni abang kau tu nak balik. Petang karang bapa nak buat kenduri.’

” betul ke pak. Kelmarin bapa tunggu tapi abang tak datang-datang pun.’

‘ bapa tak tunggu kat situ. kata Zaharah apabila melihat ayahnya tidak duduk seperti biasa di bangku tersebut.

“emm. Bapa kat sini ajelah. Bapa malas.” Jawabnya. Zaharah senyap kemudian ke dapur.

” ada-ada sajalah bapa ni. Kejap luar. Kejap kat dalam. Lepas tu entah ke mana duduknya.” Kata Zaharah pelahan tetapi tetap didengar olehnya. Dia tersenyum simpul mendengarnya. Dia teringatkan Zaharah. Anaknya yang bongsu ini asyik memerap kat bilik. Jarang sekali keluar. Kalau adapun ketika menyediakan makanan. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang dibuat. Kalau dikatakan belajar takkanlah sampai dekat sehari asyik belajar. Naik jem otak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience