BAB 3

Family Completed 13603

Ketika itu Zaharah keluar dari biliknya. Dia melihat ayahnya berjalan mundar-mandir sambil mencari-cari sesuatu. Kemudian ayahnya keluar dengan tergesa-gesa. Zaharah berasa pelik lalu mengekori pak Kassim keluar. Ketika sampai di muka pintu dia bertembung dengan ayahnya.

” apa yang bapak cari.” Tanyanya. Pak kassim tidak menjawab. Dia terus mengambil parang panjang yang tergantung di penjuru dapur.

” aku nak tebas rumput panjang di belakang tu. Yazid pulang dengan perempuan.” Kata pak Kassim tiba-tiba. Dahi Zaharah berkerut mendengarnya. Dari mana pula ayahnya mendapat berita abangnya pulang dengan perempuan kota.

” pak.”

” Zah. Petang nanti kau pergi beli barang dapur di kedai.’ Kata pak Kassim lagi sebelum menghilang di balik dinding luar rumah. Zaharah hanya memerhatikan ayahnya dengan seribu kehairanan.

Awal pagi itu Zaharah bangun awal. Walaupun cuti sekolah dia sudah biasa bangun awal. Telinganya menengar bunyi ketukan di dinding. Dia pergi melihatnya di tingkap.

” pak. Apa yang bapak buat?” zaharah ternampak ayahnya di luar. Pak kassim tidak menjawab. Zaharah keluar ke beranda.

” pak. Bapak nak baiki rumah kah?” tanyanya lagi apabila melihat Pak kassim menanggalkan sekeping papan yang menjadi dinding rumah mereka. Ayahnya tidak terus menjawab.

” Issh…orang tua ni. Tak nak jawab sudah.” Gertu hati kecil Zaharah apabila melihat gelagat ayahnya. Zaharah balik semula ke bilik. Kemudian muncul semula sambil membawa tuala dan alatan mandian.

Pak Kasim tersenyum bangga. akhirnya dinding rumah yang rosak itu dapat dibaikinya. Yazid tentu suka membawa calon menantunya kelak. Ah..harap-harap calon menantunya itu berhati mulia. Bisiknya.

” pak…”

Kalau Yazid dapat meminangnya dengan cepat kan bagus. Dia boleh sediakan wang belanja perkhawinan anak kesayangannya itu.

” pak. Dari mana bapak tahu abang nak bawa perempuan.”

” bapak Cuma agak saja. Mana tahu abang kau tu betul-betul nak bawa budak tu.” Jawabnya tanpa memandang anaknya. Zaharah sudah selesai membasuh muka. Kelihatan manik-manik air di penjuru dahinya.

” kenapa bapa buang papan tu. Kan masih elok lagi.’

” saja. Rimas bapak tengok. Ganti baru senang mata memandang.”

Katanya berbohong tanpa memberitahu tujuan asalnya. Zaharah masuk ke dalam.

Pak kassim duduk di bangku panjang bawah pokok mempelam depan rumahnya. Sawah padi terbentang luas. Bukit Merak berdiri megah. Kelihatan embun menyelimuti puncak bukit tersebut. Dia sengaja membuat bangku panjang yang menghadap pemandangan kampung itu. Dia hanya buat apa yang difikirnya baik. Bangku ini adalah tempat penginapan yang kedua selepas rumah. Dia suka tengok matahari jingga yang menghilang di balik bukit merak itu. Anak-anaknya sudah maklum perangainya. Tak kisah. Tapi bangku ini pun kadang-kadang tempat budak – budak kampung berhenti rehat dan bermain. Paling banyak pada musim buah-buahan. Aku tak ingin bercerita lebih lanjut kisah Pak Kassim dengan bangku ini.

Dia teringatkan Rahimah isterinya. Kemudian anak perempuanya. Akhir sekali anak lelaki tunggalnya Yazid. Mudah-mudahan anak lelaki tunggalnya itu tetap seperti mula-mula datang dahulu. Bergaya, segak, sopan dan tidak lupa makanan kampung. Kalau Yazid balik akan dibuatnya kenduri kesyukuran untuk anaknya sekali kepada arwah isterinya yang pergi dulu meninggalkannya.

” pak..”

Rumah kecil di depan direnungnya. Kali ini bila Yazid balik akan disuruhnya dia membesarkan rumah yang banyak menyimpan kenangan bersama isterinya.

” pak. Dah siap tu.”

Nanti bila Yazid dan Zaharah khawin taklah cucunya tidur di atas lantai ruang tamu nanti. Dulu selepas anaknya yang ketiga khawin, cucunya tambah ramai. Terpaksalah dia menambah bilik lain.

” pak. Apa yang bapak menungkan tu. Sarapan dah siap.” Suara lembut Zaharah menghentikan lamunanya. Dia bangun dan berjalan masuk ke rumah. Sempat lagi kepala tuanya dipanjangkan ke luar mana tahu kalau-kalau Yazid balik pagi itu. Siapa tahu matahari pagi membuka tabir mutiaranya.

” bapak nak ke mana pula tu.’ Tanya Zaharah kepadanya apabila dia memakai baju batik hijau. Baju batik ini adalah hadiah Yazid ketika dia pulang yang ketiga kali dahulu. Dia sayang dengan batik itu.corak yang menarik menambahkan minatnya. Yazid memang pandai membeli untuknya.

Zaharah semakin pelik dengan sikap ayahnya. Sejak akhir-akhir ini ayahnya berkelakuan agak aneh. Ada-ada saja yang dibuatnya. Kejap baiki rumah. Kejap mundar- mandir sambil mencari sesuatu. Kelmarin dulu dia terlihat ayahnya duduk sendirian sambil bercakap seorang diri. Petang itu pergi ke hutan. Semalam pula ayahnya pergi ke hutan. Kerja yang belum pernah dilakukannya seorang diri. Kalau ayah masuk hutan pasti seorang dua anak kampung akan dibawanya. Maklumlah nak pergi berburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience