BAB 1

Family Completed 13603

Seperti yang sudah termaktub dalam fitrah dunia ini, memang benar orang kota tetap orang kota. Intelek, bergaya, ego. Orang desa tetap orang desa. Tunggul, pegun, kolot dan berbudi. Kenapa aku berani menyatakan demikian kerana aku pernah mengalaminya. Pernah menikmati kepahitannya. Dan yang penting aku sendiri anak desa. Mahukah kamu mendengar jika aku menceritakan sesuatu? Beginilah ceritanya tapi aku harap kamu yang mendengar ceritaku akan menjadi hakim yang setia.

Sudah setahun anaknya Yazid tidak balik kampung. Pak Kassim berasa rindu. Anak yang lain seramai lima orang semuanya perempuan. Yazid anak kedua bongsu. Bermakna Pak Kassim ada seorang anak lagi yang tinggal bersamanya. Seorang puteri namanya Zaharah. Gadis sunti berumur enam belas tahun.

Tiga tahun yang lalu selepas tamat STPM Yazid meminta izin dan restunya untuk merantau ke kota. Dan dia mengizinkanya kerana sebagai seorang ayah pak Kassim tidak mahu mengongkong arus hidup anaknya. Hasrat hatinya mahu melihat anaknya berjaya ke universiti tapi apakan daya hasratnya tidak kesampaian bila mengetahui hasrat anak lelakinya itu. Biarkanlah. Yazid sudah dewasa. Tapi dia tetap memberi syarahan kepada anaknya itu panjang lebar lagak seorang ibu. Maklumlah isterinya Rahimah sudah tidak mendampingi mereka lagi. jadi tugas seorang ibu secara rasmi menjadi haknya.

Hidup di kota ini memang banyak cabaran. Memang memerlukan kebijaksanaan, kayakinan serta keimanan. Walaupun kota itu bukanlah diiktiraf kota metropolitan namun semuanya sama. Asalkan ada bangunan tinggi, lebuh raya, kereta dan ragam manusia itulah kota fikirnya. Hanya tempat duduknya sekarang bukanlah dinamakan kota tetapi desa ataupun kampung. Kawasan yang jauh di pedalaman, elektrik entah ada tak ada itulah kampung. Tetapi Yazid anak kesayangannya itu memilih tempat di kota metropolitan, Kuala Lumpur. Berbekalkan nasihat serta keputusan STPM yazid membimbing bagasi besar sebagai seorang anak perantau menuju ke ibu kota itu.

Di Kuala Lumpur Yazid mendapat pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat kereta. Mungkin dilihat dari segi kelulusanya. Enam bulan kemudian Yazid dinaikkan pangkat menjadi penolong pengurus. Mungkin dilihat dari prestasi kerjaya. Walaupun hidup mewah Yazid tetap menyara hidupnya serta adik bongsunya di kampung. Tiap bulan Yazid akan menghantar dua ratus ringgit kepadanya. Jika ditambah dengan duit anaknya yang lain purata pendapatannya sebulan hampir lapan ratus ringgit. Dia sudah boleh duduk senang lenang dengan duit sebanyak itu.

Tak payah mengerat tulang di bendang. Tak payah mencari peluh pergi ke hutan mencari rotan, kayu api dan sayuran. Hanya duduk di rumah. Puteri bongsunya Zaharah pun sudah besar. Tidak lama lagi akan meninggalkan dirinya sendirian pergi ke universiti atau kerja dia tak kisah. Baginya yang penting gadis perawannya itu pandai menjaga diri nanti. Cuma kadang-kala rasa terkilan menguasai jiwa tuanya. Yazid jarang balik ke kampung sejak menjawat jawatan tinggi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience