BAB 9

Family Completed 2212

“ Anak encik hanya boleh hidup dalam 5 minggu dari sekarang.” Ujar doktor itu lalu beredar. Meninggalkan Emmet yang terpinga-pinga.

Selepas itu, Aizara keluar mendapatkan Sahlan. “ Kenapa abang menangis ini?” soal Aizara yang melihat air mata gugur dari birai mata Emmet itu.

“ Luna …”

“ Kenapa dengan Luna, bang?” Aizara gelisah.

“ Luna menghidap leukemia…” akhirnya Emmet terpaksa mencerita segalanya kepada isterinya. Aizara menekup mulut. Dia terkaku. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar itu. Dia terduduk. Air mata mulai bertakung, hanya menunggu masa untuk gugur sahaja.

“ Sabar ya sayang.” Emmet memeluk erat isterinya. Dia cuba untuk memujuk isterinya itu.

Aizara dan Emmet pun mengambil keputusan untuk masuk ke bilk rawatan Luna. Luna sudahpun terjaga dan melemparkan senyuman apabila melihat ibu dan ayahnya masuk. Dia tidak perasan muka ibu dan ayahnya yang merah kerana menangis.

“ Ibu…” Luna memanggil. Aizara mendekatkan telinganya untuk mendengar setiap butir bicara daripada Luna.

“ Luna sakit apa?” tiba-tiba soalan terkeluar dari mulut Luna. Aizara sebak.

“ Luna tidak sakit apa-apa, sayang.” Jawab Aizara berbohong. Hatinya hancur.

“ Luna nak mati ke?” Aizara tersentak.

“ Tidak… Luna tidak akan mati. Luna akan sentiasa bersama ibu ya sayang.” Sekali lagi Aizara berbohong. Hatinya makin sebak lalu air mata yang ditahan akhirnya gugur jua. Emmet turut tersentuh.

‘ Dia akan pergi sebelum sempat aku melihatnya dewasa dan berjaya.’ Getus hati Aizara. Dia menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience