BAB 8

Family Completed 2212

“ Luna berpeluh, bang.” Jawab Aizara sambil memegang dahi dan leher Luna. Panas sekali.

“ Kalau begitu, jom bawa ke klinik. Takut berlaku apa-apa nanti.” Sahlan mendekati Luna. Aizara mengangguk. Emmet pun mendukung Luna untuk dibawa ke klinik.

Sampai di klinik 24 jam, mereka bergegas untuk mendapatkan rawatan doktor. Tetapi hampa apabila suhu badan Luna yang begitu tinggi. Mereka perlu membawa Luna ke hospital dengan segera.

Emmet pun memecut ke hospital swasta yang berhampiran. Luna pula tidak henti-henti memanggil nama ibunya. “ Ibu…” Aizara hanya mampu berdoa agar tidak terjadi apa-apa kepada Luna.

Setibanya mereka di hospital, dengan segera Emmet mendukung Luna yang sudah lemah ke dalam bilik rawatan. Aizara dan Emmet diarahkan untuk menunggu di luar untuk doktor memeriksa keadaan Luna yang sebenar.

Setengah minit kemudian, doktor yang berbangsa cina itu keluar dengan wajah yang sugul dan menuju kearah Sahlan. Aizara pula masuk ke dalam bilik rawatan dan merenung Luna yang terbaring longlai kerana diberi ubat tidur oleh doktor tersebut.

“ Encik Sahlan, sebenarnya anak encik ada penyakit apa-apa tak?” doktor itu bertanya. Dahi Emmet mula berkerut. Dia pantas menggeleng.

“ Daripada pemeriksaan saya, anak encik disahkan menghidap penyakit leukemia tahap empat.” Emmet menekup mulut. Kaget. “ Antara simptom penyakit ini ialah demam dan kerap berpeluh pada waktu malam, berat badan menurun mendadak, letih dan lemah serta kerap mendapat jangkitan. Ada tak anak encik mendapat simptom yang saya sebutkan tadi?” sambungnya lantas menyoal.

“ Ada…setiap malam dia kerap berpeluh tetapi malam ini lebih teruk” jawabnya yang sedari tadi mendiamkan diri. Masih terkejut. Bagaimana dia harus menceritakan kepada Luna dan isterinya? Pasti mereka tidak dapat menerima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience