BAB 7

Family Completed 2212

Luna … bangun sayang.” Ujarnya lembut. Bahu Luna digoncang-goncang. Luna membuka mata dan tersenyum.

“ Kenapa ibu?” Tanya Luna yang masih mamai. Aizara melemparkan senyuman.

“ Jom mandi kemudian kita makan.” Jawab Aizara cuba memujuk supaya dia makan kerana khuatir perutnya masuk angin. Luna pun bangkit lalu mencapai tuala yang bercorak itu.

Selesai Luna mandi dan memakai baju tidur, dia kembali ke bilknya. Aizara hairan dan memanggil Luna untuk menjamah makanan. Tetapi panggilannya tidak langsung Luna endahkan. Aizara semakin hairan dan sedikit khuatir.

Aizara turut naik ke kamar Luna sambil menjinjing dulang yang berisi makanan dan ubat. Pintu dikuak perlahan. “ Luna, makan…” dilihatnya Luna yang berbaring di atas katil dengan berselimut. Luna menoleh ke arah ibunya dan tersenyum pahit. Dia pun bangun dari pembaringan.

Aizara pun menyuapkan nasi berlaukan sayur ke mulut Luna. Luna membuka mulut kecil sahaja. “ Kenapa tadi ibu panggil Luna tidak mahu turun?” soal Aizara.

“ Luna tidak larat, ibu.” Dia menjawab.

Di dalam hati Aizara, dia begitu bimbang melihat keadaan Luna yang tidak seperti dahulu lagi. Tidak ceria lagi. ‘ Ya Allah, kau sembuhkanlah anakku ini. Aku mahu dia menjadi seperti Luna yang dulu.’ Doa Aizara dalam hati.

Suatu malam, Aizara terdengar suara Luna menjerit memanggil namanya. Aizara bergegas ke kamar Luna yang tidak jauh dari kamarnya. “ Ibu…”

Aizara menjengah. “ Luna … kenapa sayang?” Luna tidak menjawab. Aizara terkejut melihat Luna yang berpeluh-peluh dan dia mungkin tidak selesa.

“ Luna berpeluh ibu.” Ujarnya selepas sekian lama mendiamkan diri. Sejurus selepas itu, Emmet masuk ke kamar Luna.

“ Kenapa dengan Luna ?” dia menyoal walaupun masih mamai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience