BAB 5

Family Completed 2212

“ Morning…” Emmet menjawab. Dahinya berkerut, hairan. Emmet memandang Aizara dengan pandangan penuh hairan. Aizara mengangkat bahu dan tergelak kecil.

Mereka pun menjamah makanan yang disediakan Aizara. Ketika itu juga ia diselang selikan dengan lawak jenaka oleh Luna. Luna memang seorang yang periang. Aizara dan Emmet bertuah mempunyai anak seperti Luna.

Setelah semuanya telah mengikut haluan masing-masing, rumah kembali sunyi. Tiada lagi kedengaran gelak tawa yang comel dari Luna.

Tepat jam 12 tengah hari, kedengaran derapan tapak kaki mencecah ke ruang tamu sambil mencari kelibat ibunya. “ Assalamualaikum…ibu!” Luna memanggil ibunya namun, tiada siapa yang menyahut. Dia memanggil lagi.

Rupa-rupanya, ibunya sengaja menyorok darinya. Ibunya ingin mengejutkan Luna dari belakang. Ibunya jalan perlahan-lahan ke belakang Luna dan…

“ Booo!!!” Aizara menyergah. Luna terkejut. Aizara tergelak melihat reaksi anaknya yang lucu itu.

“ Ibu…” Luna merengek. Aizara memeluk tubuh Luna tanda memujuk. Selepas itu, Luna kembali tersenyum.

“ Ibu…” tiba-tiba suara Luna mendatar memanggil ibunya. Aizara terkocoh-kocoh mendapatkan Luna yang terduduk di atas sofa.

“ Kenapa?” Aizara melabuhkan punggungnya di tepi Luna. Luna mengangkat muka. Benjol yang besar mengejutkan Aizara. Dia segera membelek benjol tersebut.

“ Kenapa dengan dahi Luna ?” soal Aizara.

“ Kawan tadi baling batu kena kepala. Sakit buu…” jawabnya mengerang kesakitan. Aizara menggeleng-geleng.

“ Lain kali beritahu cikgu tau.” Pesan Aizara. Dia khuatir sesuatu yang buruk bakal berlaku. Aizara pun segera mengambil peti kecemasan untuk merawat benjol yang menyakitkan Luna itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience