BAB 11

Family Completed 2212

Kata Aizara dalam esakan yang masih berbaki. Emmet mengangguk dan mendukung Luna naik ke wadnya.

Emmet membaringkan Luna perlahan-lahan. Luna tersenyum lagi. Luna memandang sayu kearah Aizara lalu membisikkan sesuatu. “ Ibu… jangan menangis. Kalau ibu menangis, Luna tidak tenang nak ‘pergi’” ujar Luna lalu mengesat air mata ibunya yang jatuh. Emmet mendekati Luna dan dikucupnya dahi Luna.

“ Ayah… Luna sayang ayah. Jaga ibu baik-baik.” Emmet mengangguk sahaja. Dia juga tidak dapat menahan kesedihan. Aizara pun mencium Luna sementara dia masih bernyawa dan tersenyum lagi. Dia menguntumkan senyuman buat Aizara dan Sahlan.

Tiba-tiba genggaman tangan menjadi longgar. Matanya terkatup perlahan. Dadanya tidak bergerak. Tiada hembusan nafas yang kedengaran. Mereka kaget.

“ Luna telah ‘pergi’, bang.” Kata Aizara dalam nada yang sebak. Muka Luna bercahaya sahaja. Bibirnya yang pucat seakan-akan masih lagi tersenyum.

‘ Luna, tenanglah Luna disana. Ibu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Luna. Ibu sayang Luna.’ Aizara memandang jasad Luna itu. Kini, Luna telahpun menghadap Ilahi. Menghadap pencipta-Nya.

Semasa pengebumian Luna, ramai sanak saudara termasuk jiran mereka datang. Seusai talkin dibacakan, mereka saling bersalaman dan menenangkan saudara Luna yang menangis.

“ Takziah, sabar ya.” Hanya itu yang diucapkan oleh Farah. Aku tersenyum, tidak setitik pun air mataku gugur. Mereka yang lain hairan. Emmet juga cuba untuk tidak menangis tetapi dia tidak kuat. Dia tidak kuat untuk tidak menangis saat anak sendiri dikebumikan. Aku terus saja tersenyum. Mereka makin hairan.

“ Kak, kenapa kau tak nampak sedih pun?” Tanya adik lelaki Aizara. Dia juga tidak menangis kerana dia tahu itu semua takdir Tuhan.

“ Aku tidak menangis kerana Anis ALuna.” Jawabku lantas tersenyum meleret. Dahinya berkerut.

‘Ya! Aku tidak menangis kerana anakku. Selama dia sakit, aku telah banyak menangis. Kini, aku mahu dia tenang jadi aku tidak akan menangis lagi. Aku harus tabah dan redha. Walaupun aku sedih, aku tidak boleh meratapinya. Anis ALuna, aku menyayangimu, sayang.’ Bisiknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience