BAB 10

Family Completed 2212

Hari-hari biasa dilalui oleh mereka dengan tabah. Aizara tidak mungkin akan melepaskan hari itu berlalu tanpa Luna disisi walaupun tidak seperti dahulu. Aizara inginkan kenangan indah bersama Luna akan terus bersemadi walaupun Luna telah pergi.

Semakin hari, Luna semakin lemah dan tidak bermaya. Rambutnya pula asyik gugur hingga dia terpaksa memakai topi untuk melindungi kepalanya yang separuh botak itu. Luna tetap tersenyum walaupun hakikatnya dia sakit. Aizara juga cuba tersenyum seperti Luna tetapi, dia tidak berdaya. Air mata sering saja ingin keluar berderai. Anak kecil yang tidak tahu apa-apa itu akan pergi sebelum ibu bapanya.

Pernah sekali, Luna mengadu sakit dan sering bermimpi bahawa dia akan tinggalkan ayah dan ibunya. Dia menangis apabila menceritakan kepada Aizara. Aizara terharu. “ Ibu… Luna tidak akan tinggalkan ibu. Luna sayang ibu. Luna sayang ayah.” Ujarnya dalam tangisan. Emmet turut tersentuh dengan anak kecil itu.

Pada petang itu, dirinya kelihatan lemah sekali. Tidak pernah dia selemah ini. Walaupun begitu, senyuman tetap terukir manis biarpun bibirnya pucat. Mungkin itu senyuman yang paling manis yang dia lemparkan kepada mereka. Aizara dan Emmet pun membawanya turun ke kantin untuk makan petang sambil melihat matahari terbenam. Mungkin dia tidak dapat melihat lagi selepas ini.

Dia duduk disebelahku. Kepalanya melentok di atas bahu Aizara kerana dia terlalu lemah. Makanan dihadapannya tidak pula dijamahnya. Hanya melihat. Air mata Aizara terus saja mengalir sayu melihat keadaan Luna.

Tepat jam 7.05 minit malam, mentari mula terbenam di ufuk barat dengan perlahan-lahan. Luna yang tertidur itu membuka matanya perlahan-lahan setelah dikejutkan untuk melihat mentari terbenam.

“ Luna, tengok matahari itu. Cantik kan?” Aizara masih cuba tersenyum. Memang dia boleh tersenyum tetapi dengan air mata yang berLuna ngan. Luna mengangguk dan melihat keindahan ciptaan Tuhan itu.

Setelah senja melabuhkan tirainya, mata Luna mula terkatup sedikit demi sedikit. Dia juga cuba untuk membuka matanya. “ Abang… Luna nak ‘tidur’.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience