BAB 2

Family Completed 2212

Selepas solat zohor, Aizara menjenguk ke wad yang diduduki Luna. Dia mengusap-usap kepala anaknya itu. Beberapa minit kemudian, tangannya bergerak-gerak. Aizara bergegas memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Luna. Alhamdulillah, dia selamat. Aizara bersyukur. Tiada kesan sampingan kepada dirinya. Aizara memeluk Emmet kerana gembira. Luna hanya memerhati tanpa banyak bicara.

“ Puan, anak puan sudah boleh pulang.” Ujar Doktor Emmet tersenyum. Kata-kata doktor itu sudah cukup menggembirakan mereka. Aizara mendekati Luna yang masih terpinga-pinga itu. Segera dahinya dikucup lembut penuh kasih sayang. Aizara begitu takut jika sesuatu berlaku kepada anaknya kerana keadaan Luna sebentar tadi.

“ Ibu…Luna nak balik.” Ujar Luna perlahan ke telinga ibunya. Ibunya kembali sebak dan mengangguk.

“ Ya. Nanti Luna balik, kita main sama-sama.” Aizara menatap penuh sayu wajah anaknya. Bibir pucat lagikan kering Luna itu tersenyum sahaja. Kesian sekali melihat nasib Luna. Sejak kecil lagi antibodi Luna tidak stabil dan kerap diserang penyakit. Aizara pun segera mengemaskan diri Luna manakala Emmet mengemaskan beg pakaian Luna untuk dibawa pulang. Luna kelihatan gembira sekali.

“ Ibu, Luna tidak suka duduk di hospital lama-lama. Bosan!” omel Luna sewaktu Aizara menukarkan pakaiannya. Aizara hanya tersenyum. “ Dekat hospital tidak boleh main macam dekat rumah kan ibu?” sambungnya lagi. Aizara hanya mendengar setiap perkataan yang disebut Luna walaupun kadangkala sebutannya tidak betul. Aizara memandang Sahlan. Sahlan tertawa kecil.

“ Okey sayang. Balik rumah nanti kita main puas-puas ye.” Aizara mula memberi respons setelah sekian lama berdiam dan hanya mendengar. Luna senang mendengar jawapan ibunya itu.

“ Jom kita balik!” Emmet menyampuk dan mendukung Luna. Luna ketawa.

“ Ibu, Luna nak pergi main dekat luar. Boleh tak?” jerit Luna sebaik sahaja sampai di rumah teres dua tingkat itu. Aizara mengeluh panjang. Luna cuba meraih simpati dengan membuat muka comel di hadapan Aizara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience