BAB 1

Family Completed 2212

Wanita yang berusia 30-an itu berjalan sayu menuju kea rah pintu masuk wad yang diduduki oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun.

Dia melihat anaknya yang terlantar di katil hospital. Hatinya sebak lalu air mata gugur tanpa diduga. Suaminya, Emmet datang memujuk wanita yang bernama Aizara itu. Kanak-kanak itu ialah anak sulung hasil perkahwinan mereka.

Luna Inaya diserang asma. Keadaannya amat membimbangkan, mujur Aizara sempat membawanya ke hospital dengan segera. Luna Inaya masih lagi tidak sedarkan diri.

“ Abang… anak kita!” wanita itu meraung lantas Sahlan, suaminya memeluk erat Aizara. Emmet menenangkan Aizara. Kesedihan yang melanda tiada siapa dapat mentafsir betapa sedihnya hati seorang ibu apabila melihat anaknya menderita. Emmet mengusap Aizara yang masih teresak-esak. Luna seorang yang periang. Aizara dan Emmet amat menyayangi Luna. Dialah permata hati mereka. Kesian Luna, masih kecil, sudah menghidap pelbagai penyakit. Tiba-tiba, Doktor Emmet menghampiri Sahlan. “ Encik Sahlan, keadaan anak encik sudah stabil.

Dia boleh pulang berehat di rumah apabila dia sudah sedar.” Ujar Doktor Emmet tersenyum.

“ Terima kasih, Doktor.” Jawab Emmet dan berjabat tangan dengan doktor tersebut. Doktor Emmet hanya tersenyum sebelum dia beredar pergi. Setelah Doktor Emmet meninggalkan Sahlan, dia menghampiri Aizara yang terduduk menahan sebak.

“ Sayang… anak kita sudah selamat. Jangan menangis lagi.” Pujuknya lembut. Aizara mengangkat muka dan mengesat air mata yang masih berbaki itu. Emmet tersenyum cuba menyakinkan isterinya.

“ Betul ke bang?” Aizara seperti tidak percaya. Anaknya yang tadi tenat, sudah pulih seperti biasa. Dia mengucap syukur. Muka Aizara yang tadi pucat terus berseri-seri. Dia bangun dan melihat anaknya dari luar sambil tersenyum. ‘ Anak ibu sudah selamat, sayang.’ Dirinya berbicara sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience