BAB 8

Family Completed 9821

SARAH berjalan seorang diri di Taman Tasik Shah Alam. Mengambil angin segar seorang diri. Sarah berdiri lama memandang ke arah tasik yang terbentang luas. Melepaskan keluhan perlahan. Entah bila masa, Iskandar berdiri di sebelah Sarah.

“Abang dah buat keputusan.” kata Iskandar tiba-tiba. Sarah kaget dan memandang ke sebelah. Tersenyum sahaja Iskandar memandang langit yang cerah.

“Abang akan ceraikan Kak Suri.” ringkas Iskandar berkata.

“Kenapa Abang nak buat macam tu? Kesian Kak Suri.” Sarah benar-benar tidak setuju akan tindakan Iskandar.

“Abang dah tak tahan dengan perangai dia.” Ujar Iskandar lagi.

“Alasan yang tak munasabah.” Bentak Sarah. Tidak suka dengan alasan itu.

“Sebab Abang dah cintakan Sarah.” kata-kata Iskandar membuatkan Sarah terkejut besar.

“Abang tak boleh cintakan Sarah. Kita berada dalam hubungan terlarang.” tingkah Sarah.

“Tapi, Sarah…Abang akan ceraikan dia.” ujar Iskandar bersungguh-sungguh.

“Sarah tetap tidak boleh bersama Abang.” Sarah berkira-kira hendak berlalu pergi. Tapi lengannya ditarik oleh Iskandar.

“Katakanlah yang Sarah tidak cintakan Abang. Pandang muka Abang.” Tukas Iskandar.

“SARAH…TAK…CINTAKAN….ABANG….” tegas Sarah dalam nada yang terketar-ketar. Dia melepaskan diri dari cengkaman Iskandar dan berlalu pergi.

“Tapi Abang akan sentiasa dan selalu cintakan Sarah.” Laung Iskandar dari kejauhan. Sarah menekup telinganya. Tidak mahu mendengar ayat yang seterusnya keluar dari mulut lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience