BAB 5

Family Completed 9821

KEESOKKAN paginya, Sarah sudah siap menyediakan sarapan. Dihidangakan ke atas meja. Suri yang baru sahaja turun dari tingkat atas menjenguk ke dalam dapur. Sarah memandang ke arah Suri.

“Kak Suri nak makan?” tanya Sarah. Suri membuka tudung saji. Kemudian ditutupnya kembali.

“Tak payahlah. Kak Suri breakfast kat office je.” ujar Suri dan terus berlalu pergi. Sarah sedih. Kenapalah Suri sekarang tidak seperti Suri dahulu? Sarah terdengar derapan kaki lagi menuruni anak tangga. Sarah menjenguk. Iskandar turun ke bawah dengan menjinjing beg bimbit.

“Abang Is nak makan? Sarah dah masak.” Sarah berkata. Iskandar memandang Sarah sekilas.

“It’s okay. Abang Is breakfast dekat office je.” Iskandar juga berkata begitu dan terus berlalu. Sarah melepaskan keluhan. Kakak dan abang iparnya perangai memang serupa. Sarah masuk ke dalam dapur. Dia duduk di meja makan dan menjamu selera sarapan yang sudah dimasaknya itu. Sarah memandang pandai memasak berbanding Suri yang lebih senang mengemas rumah.

Iskandar sampai di tempat kerja dan meletakkan beg bimbitnya dibawah meja. Pintu biliknya diketuk. Iskandar mendongak memandang gerangan yang mengetuk pintunya.

“Tuan Pengarah Urusan, jom kita pergi makan.” usik Syafiq. Rakan kongsi Iskandar.

“Jom. Aku pun dah lapar ni.” ujar Iskandar. Dia bangun dari kerusinya dan mencapai telefon bimbit. Berjalan beriringan dengan Syafiq. Leka mereka bersembang sehingga tidak sedari kaki sudah sampai melangkah ke restoran mamak yang berdekatan. Mereka memilih kerusi ditengah-tengah restoran. Pelayan sampai dan mereka memberikan pesanan makanan dan minuman masing-masing.

“Wei, kenapa aku tengok kau macam ada benda yang kau tak puas hati?” tanya Syafiq. Bukan sehari dua dia mengenali Iskandar. Sejak sekolah rendah lagi, mereka berkawan. Segala sikap dan tindak tanduk Iskandar sudah ada dalam genggaman Syafiq. Begitu juga sebaliknya.

“Adik ipar aku tinggal dengan aku dan Suri.” Iskandar berkata lemah.

“Jadi? Kau tak suka? Kau tak ada privasi?” Syafiq bertanya bertubi-tubi.

“Bukanlah macam tu. Cuma, aku tak selesa. Suri tak pernah pun masak sarapan atau makan malam. Bila Sarah masak, aku jadi tak biasa nak makan makanan kat rumah. Sebab aku dah biasa makan kat gerai. Kalau aku dan Suri nak makan bersama pun, kami makan kat luar.” jawab Iskandar lagi.

“Hmm…lama-lama selesa lah tu. Terbiasalah nanti. Jangan nanti kau terjatuh cinta pula pada adik ipar kau tu. Orangnya cantik. Aku rasa lebih cantik dari Suri.” seloroh Syafiq. Dia tahu adik ipar Iskandar adalah perempuan. Pernah dia berjumpa dengan Sarah sewaktu majlis perkahwinan Iskandar dan Suri dahulu. Orang yang berperwatakan lemah lembut, wajah yang ayu, rambut ikal mayang, alis mata yang lentik dan yang paling itimewanya mempunyai sepasang lesung pipit. Itu yang bertambah-tambah membuatkan jejaka yang memandang gadis bernama Sarah itu, terus sahaja jatuh cinta.

“Hish…kesitu pulak kau. Kalau aku suka dekat Sarah tu, dah lama aku kahwin dengan dia. Masalahnya sekarang ni, aku cintakan Suri. Dan hanya Suri sahaja yang ada dalam hati aku ni.” tegas Iskandar bersungguh-sungguh.

“Aku berani potong jari lah, bro. Kalau kau tak jatuh cinta pada dia.” ugut Syafiq.

“Okay. Aku berani bertaruh atas kata-kata aku ni.” Iskandar pula berkata. Mereka sama-sama tersenyum. Selepas selesai menjamu sarapan pagi, mereka sama-sama pulang ke pejabat semula.

Tepat jam 10 malam, Iskandar beredar dari pejabat. Perlahan-lahan dia memandu membelah jalanraya yang lengang untuk pulang ke rumah. Iskandar sampai di rumah. Dilihatnya kereta Suri tiada di garaj. Masih belum pulang. Sebaik sahaja Iskandar melangkah masuk ke dalam, Sarah berdiri tercegat memandangnya. Takut-takut Sarah utnuk bertanya sesuatu.

“Sarah nak cakap sesuatu?” tanya Iskandar.

“Abang Is nak makan? Sarah dah sediakan makan malam.” kata Sarah lembut. Kasihan pula melihat adik iparnya ini yang bersusah-payah menyediakan hidangan untuknya dan Suri.

“Boleh jugaklah. Abang naik tukar baju dulu.” akhirnya Iskandar berkata. Sarah tersenyum senang dan segera berlalu ke dapur untuk memanaskan lauk.

Iskandar memanjat ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Usai solat, Iskandar turun ke tingkat bawah. Aroma masakan Sarah menusuk ke hidung.

Perut yang tadi kekenyangan terus menjadi lapar semula. Dia segera melabuhkan punggung dan mencapai pinggan. Diceduk nasi ke dalam pinggan. Sarah terkejut dengan kehadiran Iskandar secara tiba-tiba itu.

Selepas menghidangkan makanan yang dipanaskan itu, Sarah berkira-kira hendak beredar dari situ. Tetapi berpaling semula apabila dipanggil Iskandar.

“Sarah tak makan sekali?” Iskandar bertanya.

“Tak, Abang Is. Sarah dah kenyang.” ujar Sarah lembut.

“Sarah boleh temankan Abang Is makan?” pinta Iskandar. Sarah mengangguk perlahan dan tersenyum kecil.

Dia melabuhkan punggung dan menemani Iskandar menjamu selera tanpa berkata sepatah perkataan pun. Sunyi keadaan di dapur. Kedengaran pinggan berlaga sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience