BAB 2

Family Completed 9821

RINGGGGGG

Bunyi telefon mengejutkan Sarah yang sedang leka menyiapkan kerja-kerjanya. Tidak tahan dengan jeritan telefon tersebut, segera diangkat sebelum menganggu rakan-rakan sekerja menyudahkan kerja.

“Hello?” jawab Sarah dengan pelat King English nya. Jika Sarah bercakap dalam bahasa Inggeris, pasti orang akan ingat dia bukan Melayu. Sudah tentu dia minah bermata biru. Tetapi Sarah tetap tidak lupa akan adat ketimurannya. Walaupun sudah 10 tahun dia menetap di kota metropolitan London, tetapi bagi Sarah dia masih orang Melayu dan lebih penting lagi, dia tetap orang Islam.

“Assalamualaikum.” pemanggil itu memberi salam.

“Waalaikumussalam, Ibu.” jawab Sarah. Tidak perlu si pemanggil memperkenalkan dirinya lagi. Lama Ibu mendiamkan diri. Sarah mengerutkan sedikit dahinya.

“Ibu? Kenapa Ibu call Sarah? Ibu tak sihat ke?” tanya Sarah bertubi-tubi. Risau pula apabila Ibu bersikap demikian.

“Sarah, balik lah sini. Sarah tak rindukan Ibu? Ibu rindukan Sarah sangat-sangat ni. Hanya Sarah saja yang Ibu ada sekarang ni.” ujar Ibu tiba-tiba. Teresak-esak menahan tangis. Sarah juga turut merasa sebak. Aduh, Ibu! Bijak sungguh Ibu bermain dengan emosi aku ni, getus Sarah sendirian.

“Tapi Bu…Ibu kan masih ada Kak Suri.” kata Sarah pula. Ibu diam. Tidak berkata apa-apa. Sarah menjadi semakin pelik. Tidak ingatkah Ibu kepada peristiwa yang terjadi 10 tahun lepas? Atau Ibu sengaja buat-buat lupa? Mungkin Ibu dan Kak Suri sedia memaafkanku, gumam Sarah lagi.

“Baliklah, nak. Ibu rindu sangat pada Sarah.” ujar Ibu lagi. Sarah mengeluh perlahan. Sarah tidak tahu hendak memberikan jawapan yang terbaik buat Ibu.

“Nantilah Sarah fikirkan, Bu. Ibu…Sarah banyak kerja ni.” Sarah berkata perlahan. Tidak mahu mengecilkan hati Ibu yang sudah bersusah-payah menelefonnya sejauh ini.

“Sarah, Ibu harap sangat yang Sarah tak kecewakan Ibu. Ibu dah tak ada siapa-siapa dah kat sini. Abah dah tak ada. Sarah pula dah pergi jauh dari Ibu.” kata Ibu lembut, memujuk. Sarah menjadi lemah dengan pujukan Ibu sebegini. Pandai Ibu bermain dengan emosi Sarah. Faham benar bagaimana untuk memujuk hati anaknya yang keras itu.

“Tapi, Kak Suri kan ada.” kata Sarah lagi. Masih menyebut nama Suri. Ibu masih tidak memberikan apa-apa respon mengenai nama yang disebutkan Sarah itu. Sebaliknya, berterus-terusan memujuk Sarah.

“Minggu depan Sarah call Ibu, ya. Sarah akan berikan jawapan samada Sarah akan balik Malaysia atau tidak.” akhirnya Sarah berkata. Meleraikan pujukan Ibu yang berpanjangan. Selepas meletakkan gagang telefon, Sarah mula termenung. Sudah ditinggalkan tabiat ini sejak 10 tahun yang lalu. Kini, tabiat itu datang kembali. Fikirannya menerawang. Peristiwa 10 tahun lepas, kembali segar dalam ingatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience