BAB 7

Family Completed 9821

KELETIHAN Sarah pulang ke rumah. Dia segera membersihkan diri dan bersolat. Selepas itu menyediakan makan malam untuk Iskandar dan Suri. Tetap jam 8 malam, Iskandar sudah pulang. Sejak kebelakangan ini, awal Iskandar pulang. Suri juga yang masih pulang lewat malam. Sudah kebiasaan Sarah akan makan bersama Iskandar. Kadangkala Sarah mengelak untuk makan bersama. Takut dikata jiran. Tidak manis dipandang orang. Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk serumah walaupun ada kakak Sarah. Tetapi Suri jarang balik awal. Sarah menceduk nasi ke dalam pinggan Iskandar dan pinggannya sendiri. Iskandar hanya memerhatikan gerak-geri Sarah itu.

“Makanlah, Bang.” Sarah berkata. Menyedarkan Iskandar dari lamunan. Tanpa mereka sedari, Suri yang sengaja pulang awal pada hari itu, ternampak akan kemesraan mereka. Betullah kata Kak Imah, jiran sebelah. Iskandar kini selalu pulang awal. Pada mulanya, Suri tidak percaya. Tapi lama-kelamaan, dia semakin ragu-ragu. Kini, dia sudah ada bukti. Suri mendengus geram. Dia segera naik ke tingkat atas. Nantilah kau Is, gumam Suri. Suri masuk ke dalam bilik. Dicampak tas tangan ke atas sofa yang ada di dalam bilik. Setengah jam kemudian, Suri turun semula ke tingkat bawah. Iskandar sedang menonton televisyen. Manakala Sarah berada di meja makan di dapur. Sedang sibuk menyiapkan kerja yang dibawa pulang. Suri menuju ke dapur. Sarah tersedar dan memandang Suri. Wanita itu memandang Sarah dengan tajam.

“Kak Suri nak makan?”

“Tak nak. Buatkan Kak Suri air fresh oren. Jangan guna yang Sunkist punya tau. Kak Suri tak boleh minum minuman kordial ni. Perah orange yang ada dalam fridge tu.” seperti suatu arahan yang diberikan oleh Suri. Sarah mengangguk lemah. Malas mahu bertekak. Sudah lah selama 2-3 bulan ini, hidup dia asyik diganggu oleh orang yang tidak berfikiran waras seperti Haikarl. Balik rumah, dia malas mahu mencari gaduh dengan sesiapapun. Lagipun, dia sedar. Kehadiran Sarah disitu hanyalah sebagai tetamu. Tidak lebih dari itu. Sarah membuka peti sejuk dan mencapai buah oren yang ada. Dibelah kepada dua bahagian. Kemudian, diperah jus buah tersebut. Iskandar yang masuk ke dalam dapur pelik melihat Sarah memerah buah oren tersebut.

“Sarah perah orange ni buat apa?” Iskandar bertanya. Dia berdiri di sebelah Sarah. Begitu hampir dengan Sarah.

“Kak Suri nak minum.” jawab Sarah ringkas.

“Kenapa tak guna kordial Sunkist je?”

“Kak Suri tak boleh minum yang kordial punya. Dia nak yang freshly squeezed.” Sarah berkata lagi. Iskandar menggeleng. Melampau sungguh perbuatan Suri ini.

“You buat apa dalam dapur ni?” sergah Suri.

“I nak buat air kopi lah.” jawab Iskandar kasar.

“Mana kopi you?” tanya Suri lagi. Sekadar menguji.

“I nak buatlah ni.”

“You nak buat air kopi je kan. Kenapa you nak bersembang pulak dengan Sarah?” sindir Suri.

“Salah ke I nak bercakap dengan dia? Dia kan adik ipar I.” tegas Iskandar.

“Ohh…you tahu dia adik ipar you? So, you tahu lah kan nak jaga batas-batas you dengan adik ipar you tu.” sekali lagi Suri menyindir. Iskandar terdiam. Benarkah dia sudah melebihi batas yang sepatutnya ada di antara abang ipar dan adik ipar?

“Sarah, hantar air tu ke atas.” arah Suri.

“Tak payah, Sarah. Kalau dia nak minum, biar dia turun ke bawah. Jangan mengada nak suruh orang hantar ke atas. Sarah bukan orang suruhan dia.” bantah Iskandar.

“You ni kenapa? Suka hati I lah nak suruh dia ke tak. Dia adik I.” suara Suri mula meninggi. Sarah menundukkan wajah.

“Tahu pun dia ni adik you. Yang you suruh-suruh dia macam orang gaji tu, kenapa pulak?” marah Iskandar. Sudah lama bersabar dengan sikap yang ditunjukkan Suri kepada Sarah.

“Arghh…malas cakap dengan you ni.” Suri bersuara lantang. Dia memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Pintu bilik dihempas kuat. Terkejut Sarah yang berada dibawah. Belum pernah lagi dia lihat Suri marah sebegitu. Kecuali permintaannya tidak ditunaikan oleh Abah.

Iskandar memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik dan menutup pintu bilik perlahan-lahan. Dia tahu Sarah masih terkejut dengan kejadian yang berlaku dihadapan matanya.

“Kenapa you buat adik you macam tu? You tahu tak, dia terkejut tengok perangai you macam ni.” Iskandar berkata perlahan. Sebolehnya, tidak mahu ditinggikan nada suara.

“Ohh…perasaan adik I je yang you ambil tahu. Perasaan I? Huh!!! You dengan Sarah dah buat maksiat ke kat dalam rumah I ni?” lantang suara Suri bertanya.

“You cubalah cakap perlahan-lahan sikit. Malu tau tak kalau jiran sebelah dengar.” Iskandar masih bersabar dengan sikap Suri. Memang selama inipun, Iskandar yang banyak bertolak ansur akan sikap Suri.

“You dah gila ke hape? I ni orang Islam, Suri. I tahu batas-batas I dengan Sarah. You ingat I ni lelaki jenis apa. Nampaknya selama bertahun kita kahwin pun, you masih tak faham lagi tentang diri I, Suri. Kalau macam nilah gayanya, I rasa I dah tak boleh nak pertahankan lagi perkahwinan kita ni.” Iskandar akhirnya meluahkan apa yang terbuku di fikirannya selama ini.

“Ohh…you nak cerai dengan I, and then you nak kahwin dengan Sarah? BEGITU!!!!” jerit Suri. Bergema di kamar tidur mereka itu.

“I belum gila lagilah, Suri. You fikirlah sikit. I pertahankan perkahwinan kita selama ni, sebab I sayangkan you Suri. I terlalu cintakan you. Tapi kalau begini lah jadinya, I rasa kita tak patut teruskan perkahwinan ni lagi dah.” lembut Iskandar berkata tetapi dalam nadanya masih ada ketegasan.

“Okay, kalau itu yang you nak, esok juga kita pergi mahkamah. I nak minta cerai. I pun dah tak sanggup tinggal dengan lelaki playboy macam you ni.” jerit Suri sekali lagi. Iskandar menggeleng.

“You cakap I playboy? You jangan lupa Suri, siapa curang siapa sekarang.” Iskandar memulangkan paku buah keras. Bukan dia tidak tahu Suri selalu pulang lewat kerana berjumpa dengan bekas kekasihnya dahulu sebelum dia berkenalan dengan Iskandar. Suri terduduk. Iskandar sudah tahukah akan skandalnya kini? Iskandar mengambil bantal dan selimut. Dibaringkan diri ke atas sofa. Diselimutkan diri. Suri memandang Iskandar dengan perasaan tidak percaya.

Sarah yang berada di ruang tamu, terdengar pergaduhan mereka. Air mata Sarah menitis satu persatu. Iskandar hanya menganggapnya tidak lebih dari seorang adik ipar. Memang selama ini, itu status mereka. Dia akur. Sarah berjalan masuk ke dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience