BAB 9

Family Completed 9821

“IBU! Suri nak dia keluar dari rumah ni, hari ini jugak.” Jerit Suri. Sarah yang terdengar jeritan itu, berlari masuk ke dalam rumah. Terkejut melihat keadaan Suri bagaikan orang yang terkena histeria.

“Kenapa ni, Bu?” tanya Sarah lembut. Memegang bahu Ibu. Segera pegangan itu ditepis kasar.

“Kau ni dasar anak tak kenang budi. Kenapa dengan laki kakak kau jugak yang kau nak? Dah tak ada lelaki lain yang boleh kau buat laki?” Ibu bertanya kasar. Tidak pernah Sarah mendengar Ibu berkata sekasar itu. Sarah terkejut. Airmatanya bertakung di tubir mata.

“Apa yang Ibu cakapkan ni? Sarah tak faham.” Ujar Sarah lembut. Mutiara putih menuruni pipinya perlahan-lahan.

“Kau tak faham, atau buat-buat tak faham.” Lantang Ibu bersuara. PANG!

Satu tamparan melekat di pipi Sarah. Penampar yang sudah lama Suri simpan sejak dia tahu akan hubungan Sarah dan Iskandar. Terduduk Sarah di atas lantai. Tidak disangkanya ‘hadiah’ yang akan diterima daripada Suri. Sarah memegang pipi yang terasa pedih.

“Kau keluar dari rumah aku sekarang. Dasar perempuan jalang!!!” jerit Suri lagi. Sarah sudah tidak sanggup mendengar kata-kata hinaan seterusnya dari mulut Suri. Dia bangun dan berdiri tercegat dihadapan Suri dan Ibu.

“Terima kasih Sarah ucapkan buat Kak Suri kerana selama ni, Kak Suri sabar dengan karenah Sarah. Sarah tahu pelajaran Sarah semuanya ditanggung oleh Kak Suri. Makan minum Sarah dan Ibu dikampung, semuanya atas tanggungan Kak Suri. Tapi tak pernah terlintas di fikiran Sarah untuk merampas Abang Is dari Kak Suri. Sarah tahu siapa Sarah. Siapa Abang Is. Hubungan kami tak memungkinkan kami mencintai diantara satu sama lain. Terima kasih Ibu. Kerana dengan didikan dan jagaan Ibu selama ini tak mungkin dapat Sarah balas walaupun seumur hidup Sarah bekerja kuat untuk membalasnya. Sarah tahu Sarah anak derhaka Ibu. Sebab Sarah banyak melawan cakap Ibu. Tapi tak bermakna Sarah tak sayangkan Ibu. Sarah sanggup gantikan nyawa Sarah untuk Ibu. Sarah sanggup, Ibu. Sarah sanggup. Dan, Sarah bukan perempuan jalang, Kak Suri.” Sarah berpaling dan berjalan menuju ke arah dapur.

Tetapi kemudian dia berhenti. Iskandar yang baru sahaja pulang ke rumah, terdengar perbualan mereka bertiga. Dia tercegat di luar rumah. Mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut Sarah.

“Ya. Memang Sarah akui, Sarah cintakan Abang Is. Dah lama Sarah cintakan dia. Sejak pertama kali, Kak Suri bawak Abang Is balik ke rumah. Jumpa Ibu dan arwah Abah. Sarah pun tak tahu kenapa Sarah boleh jatuh cinta pada dia. Sarah paksa perasaan ini untuk pergi jauh dari Sarah. Sarah tak mahu ada perasaan pada abang ipar Sarah sendiri. Tapi buat pertama kalinya dalam hidup Sarah, Sarah telah jumpa cinta sejati Sarah. Dan cinta sejati ini adalah dari hubungan yang terhalang. Pada masa itu, Sarah dapat rasakan Abang Is adalah lelaki yang sangat baik. Sangat baik. Mungkin terlalu baik buat Kak Suri. Tapi Sarah tak pernah sekalipun terlintas di fikiran nak merampas Abang Is dari Kak Suri. Jangan Kak Suri kata Sarah perempuan jalang. Sarah sedar siapa diri Sarah, Kak. Sebab itulah Sarah rela berundur dari hubungan ini. Sarah dah tak sanggup duduk sebumbung dengan Kak Suri dan Abang Is lagi. Selama ini pun, Sarah cuba elakkan diri daripada Abang Is. Tapi entah kenapa, semakin lama Sarah elak, semakin cinta Sarah pada Abang Is. Perasaan ini datang dengan rela. Sarah pernah terfikir kenapa Sarah tidak dipertemukan dengan Abang Is dulu sebelum Kak Suri? Tapi Sarah fikir semula, mungkin cinta ada diantara kami tetapi tidak jodoh. Sarah akur, Kak Suri. Kak Suri lebih beruntung kerana memiliki sekeping hati milik Abang Is. Tapi Kak Suri terlalu bodoh sehingga sanggup mempersiakannya. Sarah akan pergi dari rumah ini.” Jelas Sarah panjang lebar.

Airmatanya seakan tidak mahu lagi berhenti. Suri menekup mulut. Tidak menyangka perkara sebegitu yang akan diluahkan adiknya. Iskandar yang berada di luar rumah tersenyum kecil. Lega dengan penjelasan Sarah. Entah kenapa belum pernah dia rasa selega itu.

“Ibu, maafkan Sarah atas sikap Sarah selama ini. Halalkan makan minum Sarah. Halalkan setiap susu yang keluar dari tubuh Ibu untuk Sarah.” Ucap Sarah. Dia tunduk menyalami tangan Ibu. Ibu menepis tangan mulus itu dengan kasar. Airmatanya semakin laju. Dia beralih pula pada Suri.

“Kak Suri, terima kasih atas segala pengorbanan yang telah Kak Suri lakukan untuk Sarah selama ini. Jasa Kak Suri akan sentiasa dikenang. Halalkan makan minum Sarah selama Sarah disini dan juga selama Sarah berada dibawah jagaan Kak Suri.” Sarah tunduk menyalami tangan Suri.

Suri menolak Sarah dengan kasar sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas lantai. Langsung tidak memandang wajah Sarah yang sudah dibasahi air mata. Sarah bangun dan terus berlalu ke biliknya. Dia mengemas pakaian. Sarah menjinjing beg pakaian keluar dari rumah itu. Dilihat sekilas ke arah rumah tersebut.

“Aku bersumpah bahawa aku sama sekali tidak akan memijakkan kaki ke rumah ini lagi. Maafkan Sarah abang Is. Tuhan saja tahu cinta yang tercipta untuk abang ini, segenap perasaan cinta ini hanya untuk abang. Mungkin aku tidak sesempurna yang kau impikan namun aku pasti, hatiku ini miikmu sepanjang usiaku. Mungkin aku tak bisa memiliki, dirimu seumur hidupku.” Sarah bergumam sendirian. Dia memejamkan mata. Akan disimpan kenangan itu di dalam hati.

Seraya dia berpaling tanpa menoleh, ya. Dia harus kuat, keputusan yang sukar ini adalah sesuatu yang tidak akan disesalinya sampai bila-bila. Sama sekali tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience