BAB 4

Family Completed 9821

SARAH menyediakan makan malam. Sekali lagi Sarah melihat hidangan itu dan tersenyum puas. Pasti Iskandar dan Suri pulang nanti kelaparan. Sarah berjalan ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di atas sofa. Melihat jam dinding. Sudah pukul 8 malam. Bayangan mereka tidak kelihatan. Lama benar Suri pergi menghantar Ibu ke lapangan terbang. Malam-malam begini, tidak mungkinlah Iskandar masih tidak pulang. Sarah menghidupkan peti televisyen dan menonton siaran malam itu. Sedang leka Sarah menonton, bunyi enjin kereta kedengaran di luar rumah. Segera dimatikan televisyen tersebut dan memandang jam dinding sekilas. Hampir jam 11 malam. Lama sungguh dia menonton sehingga tidak sedar waktu berlalu. Kedengaran kunci rumah berlaga di luar. Pintu sedikit terbuka kemudian terbuka luas. Terjengul wajah Iskandar yang keletihan. Sarah jadi kaget. Kenapalah abang iparnya yang pulang dahulu? Bukan Suri. Iskandar menutup pintu. Berpaling untuk menuju ke tingkat atas.

“Abang Is…” panggil Sarah perlahan. Iskandar memandang ke arah ruang tamu. Terlihat Sarah berdiri tegak sambil tersenyum manis.

“Hmmm…” jawab Iskandar malas.

“Ermmm…Abang…Abang nak makan?” tanya Sarah tergagagp-gagap.

“Tak payahlah. Abang dah kenyang.” kata Iskandar. Segera memanjat tangga ke tingkat atas. Sarah mengangguk perlahan walaupun Iskandar tidak melihat perbuatannya itu. Sekali lagi kedengaran suara enjin di luar rumah. Sarah menjenguk melalui jendela. Kelihatan kereta Suri memasuki perkarangan rumah. Sebaik sahaja Suri masuk ke dalam rumah, Sarah terus menerpanya. Dilihat Suri mengendong beg-beg kertas. Seperti baru sahaja selesai membeli-belah.

“Kak Suri nak makan? Sarah dah siapkan makan malam.” ujar Sarah lembut.

“Tak apalah. Kak Suri dah makan dengan kawan tadi. Sarah dah makan belum?” tanya Suri. Sarah menggeleng perlahan.

“Lain kali, Sarah makan je. Tak payah tunggu Kak Suri atau Abang Is. Kak Suri tak pernah makan kat rumah ni. Macam mana nak makan, masak pun tak pernah.” seloroh Suri. Suri tergelak kecil. Sarah tidak rasa hendak tergelak sama.

“Sarah bawak beg-beg ni naik atas. Kak Suri nak ambil air kejap. Dahaga pulak.” ujar Suri. Sarah yang lagaknya seperti pembantu rumah berbayar sahaja, segera mengambil beg-beg kertas tersebut dan membawa ke atas. Tanpa banyak soal. Sarah memegang tombol pintu. Hampir sahaja tombol itu hendak dipulas. Tetapi tidak jadi. Baru tersedar abang iparnya ada di dalam. Sarah mengetuk pintu perlahan. Tiada respon. Sekali lagi diketuk, barulah kedengaran suara orang berkata-kata. Iskandar membuka pintu. Sarah kaget. Tidak tahu hendak berkata apa. Terus sahaja diserahkan beg-beg kertas tersebut dan segera berlalu ke tingkat bawah. Iskandar terpinga-pinga. Kemudian menutup pintu. Dia mencampakkan beg-beg kertas tersebut ke atas lantai. Suri yang baru sahaja masuk ke dalam bilik, sebal melihat beg-beg kertas itu ada di atas lantai. Dia memandang Iskandar dengan wajah marah. Iskandar masih selamba membaca fail-fail kerjanya.

“Apasal you campak barang-barang I?” tanya Suri. Dia mengutip beg-beg kertas tersebut.

“Kenapa you bawak adik you tinggal kat sini? I tak suka tahu tak.” kata Iskandar, keras.

“Kenapa pulak tak boleh?” soalan berbalas soalan.

“You patutnya cakap dengan I dulu. You tahu tak you dah mencabul kehormatan privasi I.” Iskandar berkata lagi. Diletakkan fail bersebelahan dengan laptop yang terpasang.

“Hah?? I mencabul kehormatan privasi you? Hei, you dengar sini Is. Masa you bawak Izham tinggal sini dekat 3 bulan dulu, I tak cakap apa-apa pun. Sebab I tahu itu adik you. Adik ipar I. Tapi kalau you nak tahu, perangai adik I lebih munasabah lagi dari perangai macam pelesit adik you tu. Dah lah sesuka hati dia pakai laptop I, siap download game. Sampai kena virus. I kena pergi kedai untuk formatkan balik. Hilang habis fail-fail kerja I. Tapi I tak bising lagi. Lepas tu, guna tv I untuk main playstation sampai rosak tv tu and I kena beli baru. But still, I tak bising lagi. Yang I marah sangat bila dia guna kereta I tanpa pengetahuan atau kebenaran I.” jelas Suri panjang lebar. Iskandar tidak berkata apa-apa. Memang Izham keterlaluan apabila membuat barangan yang ada di rumah mereka seperti miliknya sendiri. Apabila dia menghalau Izham balik ke kampung, sehinggakan Mak marah sangat dengannya. Hanya Ayah sahaja yang faham. Dan kenal benar akan sikap Izham yang suka cari pasal.

“Sampai bila adik you tu nak tinggal sini?” suara Iskandar perlahan bertanya.

“Entah. Sampai dia kahwin kot.” acuh tidak acuh sahaja Suri menjawab. Malas bertekak, dia mencapai tuala dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience