BAB 3

Family Completed 9821

“SARAH tak nak Ibu. Sarah dah selesa menyewa dengan Zera dan Iqa.” Sarah membantah kata-kata Ibu perlahan. Wajahnya ditundukkan selepas menyuarakan bantahan. Protes dalam diam. Dia berdiri tercegat di tepi tangga. Wajah Ibu yang membengis tidak berani dipandang. Suri melabuhkan punggung di sofa. Selamba sahaja dia makan buah tanpa membuat apa-apa untuk menolong adiknya terlepas dari menjadi mangsa amarah Ibu. Kakinya disilangkan.

“Cuba Sarah dengar cakap Ibu ni sekali-sekala. Apa faedahnya Sarah menyewa dengan dia orang? Hah??!!” tengking Ibu. Lantang suara Ibu berkata-kata. Sarah hanya menundukkan wajah. Dia hanya melepaskan keluhan perlahan. Bukan dia tidak kenal akan sikap Ibu yang jenis suka memaksa. Semua anak-anaknya harus mendengarkan kata Ibu. Sehingga kata-kata Abah pun tiada guna lagi. Suri lebih suka membodek Ibu. Itulah sebabnya apa sahaja permintaan Suri, akan Ibu tunaikan. Abah lebih suka memanjakan Sarah. Abah, tolonglah Sarah. Sarah rindukan Abah, Sarah merintih sendirian.

“Mungkin senang kot untuk Sarah bawak jantan masuk rumah, Ibu.” ujar Suri pula. Sarah terus sahaja mendongak kepala memandang Suri yang masih selamba mengunyah buah-buahan. Memang tidak disangka sampai begitu sekali Suri sanggup memperkatakannya. Sarah terkejut. Ibu bercekak pinggang.

“Ohh…itu yang kamu nak buat ya, Sarah?” tanya Ibu. Sarah menggeleng pantas.

“Ibu…takkanlah Ibu tak kenal anak Ibu sendiri. Sarah bukan macam tu.” Sarah membantah. Tidak suka dengan kata-kata Suri.

“Sudah!!! Ibu tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut kamu. Hujung minggu ni, pastikan barang- barang Sarah dari rumah sewa tu dah dibawa ke rumah Kak Suri. Mulai hari ini, Sarah kena duduk dengan Kak Suri.” arah Ibu. Serta-merta lutut Sarah menjadi lemah. Berpaut pada tangga. Kata muktamad Ibu tiada guna dibantah lagi. Ibu naik ke tingkat atas. Sebentar kemudian, Ibu turun dengan menjinjing sebuah beg pakaian. Sarah memandang Ibu dengan lemah. Suri berdiri di sebelah Ibu. Dia mencapai beg pakaian Ibu.

“Ibu…” Sarah cuba berkata-kata lagi.

“Dengar jelah cakap Ibu. Yang Sarah nak membantah lagi buat apa.” Kak Suri berkata. Dia mendengus kemudian berlalu pergi.

“Sarah…kita kena balas budi Kak Suri. Dah banyak Kak Suri berkorban untuk Sarah. Pelajaran Sarah sampai lah Sarah kerja sekarang ni pun, atas bantuan Kak Suri. Sarah kena ingat tu. Inilah masanya untuk balas budi Kak Suri.” pesan Ibu. Sarah tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia hanya mengangguk lemah. Ibu mengusap kepala Sarah dan Sarah tunduk menyalami Ibu. Suri menghantar Ibu ke lapangan terbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience